Monday, December 30, 2013

~ Rumah kene Pecah Lagi!! Sakit Kepala ~

As-Salam,

Hari-hari terakhir di tahun 2013. Membuat saya banyak teringat pengalaman saya ditipu seorang lelaki bernama Meor Mohd Fadzli bin Zahid. Benar, dia lah lelaki yang saya maksudkan di dalam post-post sebelum ini. Lelaki yang sanggup melutut, memeluk, menyembah dan mencium kaki seorang wanita semata-mata ingin merealisasikan impian nya. Hanya Allah yang tahu apa niat dihati dan niat jahatnya. Yang pasti, dia telah mengheret saya dalam permainan kehidupannya dan membuang saya, Allah masih sayang saya dan menunjukkan saya, siapa dia yang sebenarnya. Seorang penipu dan sering menabur janji manis. Segala kata-katanya indah belaka, tetapi tiada satu pun yang tertunai.

Setiap kali dia maki hamun saya, mereka rasa mereka terlalu hebat dan angkuh malahan riak dalam berkata-kata. Juga kata-kata orang sekeliling saya, benda ni semua orang lalui, cepat atau lambat, bila mereka dah lalui baru mereka tau macam mana saya rasa dan saya tanggung selama ini dan masa tu baru mereka rasa bagaimana dunia ni, betapa susahnya hidup ni, tidak diberi pilihan melainkan terima seadanya apa yang ada untuk meneruskan perjuangan hidup setelah ditipu dan dihina. Kalau hari ini mereka rasa dunia ni mereka yang punya tunggu masanya Allah turunkan sedikit ujian untuk mereka rasai kehebatan tentang kehilangan itu sendiri. Jika mentaliti mereka lemah nescaya, silap-silap mereka pon  bole jadi gila. 

Apapun, saya hanya manusia. Saya hanya mampu berdoa. Doa dan terus berdoa. Hanya Allah akan makbulkan doa saya. Allah saja yang mampu membalas segala perbuatan dan kata-kata penghinaannya.


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki
Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., 
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


"doa orang yang dizalimi marak ke udara dan diterima Allah tanpa dihijab" - dipetik dari Forum Perdana Ehwal Islam

...........................................................................................................................................................

28 Disember 2013,

Seperti biasa, rutin setiap Sabtu, saya akan bangun awal untuk keluar breakfast or masak. Kebetulan harini saya agak lewat bangun, 7.45am. Saya terus mandi dan turun ke bawah. Pergi ke dapur nak tutup lampu dapur, lampu porch dan lampu tangga. Ya, sejak rumah dipecah masuk seminggu yang lepas, kami sentiasa on kan lampu dapur, porch dan lampu tangga. Kemudian housemate turun nak buat coffee. Then dia tanya sapa yang bukak tingkap dapur??... Saya terus berlari ke dapur. Memang saya perasan tingkap terbuka, saya andaikan housemate saya terlupa tutup. Jadi kami terus belek pintu, grill dan pagar luar. SAH!! memang terbuka!! Baru kami sedar, rumah kami dimasuki untuk kali ke 2 dalam bulan Disember 2013 dengan masa yang tak sampai 2 minggu. Ni yang paling saya cukup benci, ke balai polis dan buat report. Dengan parking yang susah, jalan yang jem dan menyampah bila tak de tindakan yang diambil. 

Seperti biasa, saya terpaksa menunggu polis datang untuk buat siasatan. Seperti biasa saya terpaksa menunggu Muji si tukang kunci menukar lock dan tombol pintu, repair grill dan pagar.. 

Menyampah!

Buang Masa!

Shit!

Semua aktiviti Sabtu saya tergendala. Nak tengok cerita Detektif Conan pon tak dapat sebab dok buat report kat IPD Kajang. Nak pegi jogging pon tak bole, nak pegi breakfast roti canai tepi sungai pon tak bolehhhhhhhhhhh... Damnnn....

Okey, settle semua, terus saya bersiap dan keluar untuk terapi. Housemate pulak dah gerak balik Melaka. Terapi stress paling baik ialah bershopping! Sorry, itu terapi saya, anda?, hanya diri anda yang tahu apa yang membuatkan anda hilang stress. Sebenarnya nak beli kasut jogging... huehuehuehue.. terbeli kasut lain pulak....



Pastu Lepak kat La Bodega, lamb dia memang sedap. Uishhh..memang nak pegi lagi... Aduhai, maafkan LAH.... Asyik makan je keje nya. Sampai rumah lebih kurang pukul 1am. Walaupun mengantuk tapi memang takut dan fobia nak tido.. HELPP!!...

Ahad,

Rutin biasa, basuh baju --> kemas rumah --> then pegi facial --> balik masak --> makan..MAKAN??  Ye, makan lagi... 

Isnin 30 Disember 2013,

Bangun je tido dah sakit kepala, almaklumla, saya tido-tido ayam. Pantang dengar bunyi, saya pasti terjaga.... >sleepy<  .. Rasanya tak bole nak lunch dengan nasi sebab sakit kepala, maybe saya akan muntah... wekkk... Jadi saya ke Wadihana Foody Bangi seksyen 15. Sedap sangat, memenuhi selera orang-orang seperti saya yang kurang makan nasi ni ... hik.hik.hik....

sakit kepala * yawn *

@ Wadihana Foody Seksyen 15, Bangi



Setiap kesedihan yang kita lalui walaupun meninggalkan kesan Kepedihan tetapi percayalah ada hikmah di sebaliknya..
Allah itu Maha Adil..
Tidak akan ada Duka yang Berlarutan..
Tidak akan ada Kegembiraan yang sentiasa Berpanjangan...
Bersedialah walau apa pun rintang di depan...
Selamat Tinggal 2013..Selamat Datang 2014..




*semoga Allah perkenankan doa saya :)











Friday, December 27, 2013

~ Baby Girl ~

As-Salam,

Mungkin satu hari nanti saya akan berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat comel, cantik, adorable, charming, graceful dan segala yang indah, cantik dan baik ada dalam dirinya (amin). Mungkin juga satu hari nanti anak perempuan saya akan membesar dan akan mencari teman hidupnya. Yang boleh menjaga, melindungi dan mempertahankan hidupnya dari segala segi. Satu hari, anak perempuan saya akan meninggalkan saya untuk hidup bersama soulmate nya. Jadi apabila satu hari nanti, dia akan membaca catatan saya di sini. Ingin sekali saya kata kan, tak kira sapa pun dia, apa pun dia, dimana pun dia, i will always pray for my baby girl. Mommy doakan semoga mendapat teman hidup yang prihatin dan sangat menyayangi my baby girl. 

Pengalaman mengajar saya segalanya. Lelaki yang sanggup melutut dan sanggup menyembah kaki seorang perempuan itu sebenarnya bukan lah lelaki yang betul-betul jujur dan ikhlas. Lelaki seperti ini sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diidamkan untuk memenuhi kehendak hati mereka. Hati-hati baby girl, mommy pernah ditipu seperti ini. Sehingga mommy dihina dan di pijak maruah tanpa pembelaan yang sepatut nya. Mommy berserah kepada Allah yang Maha Kuasa. Segala sesuatu yang kita lakukan tak kira baik atau buruk, pasti akan mendapat pembalasan yang setimpal tak kira di dunia atau di akhirat kelak. Allah knows what is the best for you and when it's best for you to have it dear.

Andai satu hari nanti baby girl mommy ditipu seperti ini, mommy nasihatkan just sit back dan biarkan Allah saja yang menurunkan balasan padanya. Remember this baby girl, a real man never hurts a women. Relationship yang baik ialah bila sama-sama tahu kekurangan masing-masing tapi masih menyayangi antara satu sama lain. Dan saling mempertahankan hubungan sehingga hujung nyawa. Pada zaman ini pon dah pupus lelaki seperti ini, apa lagi nanti zaman baby girl dah besar. Tak pe baby, Allah ada. Andai satu hari nanti mommy dah tak ada di dunia, baby should remember this "ALLAH" masih ada. Berdoalah baby.

Andai satu hari nanti, your soulmate tinggalkan baby girl, let it go baby. You know what baby girl, perbuatan yang paling indah adalah memberikan kebahagian atau hak milik kita pada seseorang yang lain untuk melihat mereka bahagia, walaupun kita tak pernah merasa apa itu bahagia. Tak pe la baby, lepaskan dan biarkan dia pergi.

Baby girl, satu masa dulu mommy pernah mengharapkan kehadiran cahaya dalam hidup mommy. Yang akan menerangi hidup, yang akan menjadi bintang kala malam, yang akan menjadi matahari kala siang, yang akan menjadi pelangi kala hujan...






Dear Daughter,

If you want to find a soulmate, know him in and out. Doesnt matter if you get married late. As long as you know his true colours. 

Find a guy that can respect you and your family. That can celebrate every gem stone of your life with you. And can always say positive and beautiful things about you.

Find a guy that will keep his promise.

Find a guy that will go through thick and thin with you.

Find a guy that wouldnt let you go through trouble alone, or trouble you at all. Make sure that guy you find wont coat his speech with sweets only before marriage, but through out the marriage. It doesnt matter if you feel burdened.

Find a guy that would tell the world you are his world. And proud to parade you around no matter who you are.

And most importantly, find a guy that will lead you to the heaven you will remain.






**article ini juga adalah tribute untuk baby saya di 'sana'. Al-fatihah**

"Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia"





Thursday, December 26, 2013

~ Krismas 2013 ~

As- Salam,

Hari Krismas, 1 dunia bercuti.... Tapi saya juga yang membawa hati lara ke office. Ada baiknya saya siapkan senarai projek supaya tahun 2014 nanti tak bertindih dengan permohonan projek baru.

PATHETIC, adalah perkataan yang paling sesuai saya labelkan untuk diri saya sendiri. Orang lain bercuti dan berehat di rumah, saya pula berhempas pulas buat keje di office. Tapi saya dapat rasakan ketenangan berkerja pada hari cuti termasuk Sabtu dan Ahad... Serious.. Memang tenang dan damai.

Selesai kerja di pejabat, baru teringat saya ada 2 utas jam yang perlu di tukar baterinya... Jadi saya dengan ditemani by my best companion Azura ke Alamanda. Mula-mula memang niat nak tukar bateri jam, lepas tu mula la sesi cari kasut jogging... Dan untuk kesekian kalinya, tak beli jugak kasut jogging tu..... Tapi saya mula melencong ke Nail Parlour. Ber'manicure' dan ber'pedicure' bersama my best companion of the day...hihihihihihihi....









and my best picture of the day......................(dipilih melalui jumlah 'like' terbanyak di IG,weechat dan fb)







Wednesday, December 25, 2013

~ Weekend 21-22 Disember 2013 ~

As-Salam,

Weekend yang sangat busy mungkin kerana beberapa minggu lagi kita akan memasuki tahun baru 2014. Sabtu seawal 6.30am saya dah terjaga dari tidur, malam pun saya hanya tidur-tidur ayam memandangkan masih trauma kes pecah rumah haritu. Siap-siap, terus ke office. Memang saya bertekad nak settlekan kerja-kerja dan siapkan senarai projek sebelum tahun baru 2014.



Pada pukul 3.30pm, perut dah mula lapar, memandangkan cafe tak buka pada Sabtu dan Ahad jadi saya terus balik ke Kajang. Di dalam perjalanan, tiba-tiba nafsu rasa nak makan makanan korea, kebetulan ada 1 restoran Korea yang baru dibuka berdekatan rumah saya. Deko restoran, bagi saya memang seperti di Korea, channel tv pon dia pasang Korean movie. Jadi saya mengharapkan hidangan nya marvelous la yek....Tapi, setakat so-so je la yang saya boleh rate kan...


Lepas je makan, saya terus ke KL, asal nya nak cari kasut jogging.. Yela , saya kan sekarang ni asyik makan sedap-sedap je, risau gak kalau badan naik gebu je macam kek yang di letak baking powder :p... Tapi, seperti jangkaan saya, memang saya tak beli kasut, sebaliknya menambah koleksi perfume.. Memang hampeh...

Pastu pegi pulak singgah Pavilion..... memang tak di rancang, singgah pulak Red Box... Huhuhuuhu... giteww la, tak de apa nak buat, housemate pulak balik kampung...pathetic+silly me... Ulang-ulang nyanyi lagu ni ha, Mendua by Astrid...


Sabtu malam Ahad, setelah berfikir panjang, saya telah membuat keputusan untuk let-go perabot-perabot rumah saya. Sesuai dengan kedatangan tahun baru, semoga tahun baru memberi sinar baru buat saya. Semoga kawan baik saya si'MALANG' pon hilang terus dari hidup saya. Setiap perabot yang saya jual tu mempunyai seribu satu cerita pahit manis. Tuhan! Berikan saya nafas baru dan dunia baru serta semoga tahun baru lebih bermakna bagi saya dan keluarga.

Selesai semua perabot dibawa keluar dari rumah saya, saya mula mengemas dan menyusun barang-barang yang ada. Dan tiba-tiba saya terjumpa surat tawaran sewaktu di HSBC saya. Ini la sebab paling utama saya lari dari UUM (Universiti Utara Malaysia) sewaktu sedang menduduki final exam pada semester 4. Bila fikirkan balik, memang menyesal tak abiskan degree tu. Tapi saya nekad dan pasti rezeki ada di mana-mana..... Sobsssssssssssssssssss

Dan, last but not least.... sewaktu fridge diangkat, kedengaran loceng seperti Gucci sedang bermain.. Ya Allah... tuhan je tahu saya sangat rindu kat baby saya tu... Cari punya cari rupanya permainan Gucci tersangkut belakang fridge tu. Patut la sepanjang Gucci bermain, dia suka sangat main belakang fridge tu. Rupanya dia nak amik bola dia tersangkut.... I'm sorry Gucci, selama ni mommy selalu marah Gucci main belakang fridge sebab takut kene electric.... :'(







bola Gucci yang tersangkut :'(...sorry baby!






Monday, December 23, 2013

~Masker KAKI..Serious ni, jom TRY~





Masker kaki sangat sesuai untuk wanita yang ingin memanjakan dan menghilangkan kesan rekahan pada bahagian kaki. Ianya sangat bagus untuk merendam dalam oatmeal yang menenangkan dan melembapkan.

Sesungguhnya, oat terkenal dengan keupayaannya untuk menyembuhkan dan menenangkan kulit kering yang sensitif, jadi masker kaki oatmeal yang digabungkan bersama dengan madu dan minyak zaitun ini benar-benar berkhasiat untuk kaki anda!

Bahan-bahan:

1 mangkuk besar
1 sudu besar
Bekas kecil dengan penutup
2 cawan oat
1 cawan tepung gandum
½ cawan madu
½ cawan minyak zaitun

Cara-cara:

1) Ambil 2 cawan oat, 1 cawan tepung gandum, ½ cawan madu dan ½ cawan minyak zaitun kemudian campurkan kesemuanya ke dalam mangkuk besar. Anda boleh menambah minyak pati pewangi seperti lavender, teh atau pudina ke dalam masker kaki jika anda mahu tambah aroma yang menyenangkan.

2) Gunakan sudu besar untuk menggaulkan kesemua bahan bersama-sama sehingga anda perolehi masker yang tidak terlalu cair tetapi berketul-ketul. Jika anda dapti campuran tersebut terlalu tebal, anda boleh tambahkan minyak sedikit atau sedikit oat.

3) Selepas siap semuanya, anda digalakkan untuk terus menggunakan masker kaki 'oatmeal' anda kerana berkemungkinan kualitinya akan rosak jika disimpan lama.

4) Sebelum menggunakan masker tersebut, anda haruslah mencuci kaki anda terlebih dahulu dan digalakkan untuk merendam kaki dalam air suam yang mengandungi soda penaik untuk bantu melembutkan kaki dan kulit. Ini kerana ia membantu untuk pengelupasan kulit mati pada kaki lebh mudah.

5) Pastikan kedua-dua belah kaki anda kering. Kemudian, sapukan masker pada permukaan kaki dan biarkan khasiat oat menyerap masuk ke dalam kulit selama 20 minit dan biarkannnya kering. Kemudian, bilas dengan air suam dan lap.

Tips ini akan membantu menyembuhkan kulit kaki yang kasar dalam masa yang singka. Untuk lebih efektif, gunakan krim kaki memastikan mereka dan lembap sepanjang hari anda serta untuk penyembuhan lebih cepat. Cubalah sekarang!


 **sumber dari yahoo news :)

Tuesday, December 17, 2013

~Sudah tertulis 16.12.13~

As-Salam,

Sejak beberapa minggu ini tidur saya sering terganggu. Seringkali saya terjaga tengah malam dan sukar untuk saya melelapkan mata. Dannnnnn sejak beberapa minggu ini sebelum melelapkan mata, saya sering membaca surah Yasin dan tak pernah bosan membaca terjemahannya berulang kali. Saya mencari ketenangan jiwa dan seakan menghampiri ketenangan yang saya maksudkan itu.

Pada 14 dan 15 Disember, 2 hari berturut-turut saya menyiapkan kerja di pejabat. Dari pagi sampai ke petang menyiapkan senarai projek dan lain-lain.

16 Disember 2013, seawal 5 pagi saya dah terjaga dengan sendiri nya tanpa bantuan alarm. Alarm saya akan berbunyi pada 5.15am. Jadi sementara menunggu alarm berbunyi, saya sempat lagi melayan candy crush ... heheheheh....

5.15am, 16 Disember 2013, saya terus bangun dari pembaringan dan menuju ke bilik air. Kemudian saya mendengar bunyi seperti sesuatu yang patah di bawah. Saya jenguk ke luar jendela. Semuanya dalam keadaan yang sama seperti pagi-pagi sebelum ini. Saya menunggu sebentar dan cuba memasang telinga.... Tiada apa-apa bunyi lagi selepas itu... Saya terus ke bilik air dan mandi. Sedang saya mandi .................................... Tiba-tiba saya mendengar pintu bilik saya terbuka sendiri, saya berlari dan terus menahan pintu bilik dan bertolak-tolak dengan orang yang berada di luar bilik saya...... Saya diam, menggigil dan kaku. Dalam keadaan menggigil, saya sepantas kilat mencapai telefon, try call kawan terdekat dengan saya. Setelah beberapa minit, rakan saya sampai dan kata nya pintu grill saya terbuka dan saya sedar, rumah saya telah dipecah masuk.

Sambil saya turun ke bawah, fikiran saya teringat laptop, duit dan kunci kereta yang ada di atas sofa. Dan ternyata, tiada apa yang diusik oleh si pencuri... Memecah masuk rumah dan terus menuju ke bilik saya semata-mata??????????????? Ini bukan lah kali pertama rumah saya di pecah masuk, tetapi patern kali ini agak pelik. Dia masuk tanpa menyentuh apa-apa di ruang tamu, tanpa mengambil barang berharga dan tidak cuba memecah masuk bilik housemate saya.... MOTIFFF??????????

Saya juga menunggu peronda polis hampir sejam... Kata nya sesat... Hokeyyy!! tak de GPS kan? kesian.. Kajang tu bukan besar sangat... Kemudian, saya terus ke Balai Polis Kajang untuk buat report. Setelah itu saya diminta.... "Cik bole balik dulu, atau pegi breakfast dulu atau buat apa-apa yang patut, nanti AIO kami akan hubungi cik dan pergi ke rumah cik"........ APAPONTAKBOLEHHH... pintu rumah saya dah diumpil, tombol dah rosak, memang tak bole lock langsung. Jadi saya terpaksa jadi JAGA di rumah sendiri. Menunggu dengan sabar Sarjan Hajazi AIO bertuah dari Balai Kajang tu sampai.

Selepas pukul 5.50pm masih tiada panggilan dari AIO tu, saya cuba minta bantuan rakan saya seorang Pegawai Khas Dato' dot..dot..dot.....  Dan terus segalanya menjadi cepat dan pantas...

Sekitar pukul 7pm, barulah saya menerima panggilan dari Sarjan Hajazi tu. Katanya otw... ermm... Tak tau nak cakap apa lagi. Saya fikirkan, hardware kebanyakkan tutup pukul 6, nak cari orang welding besi lagi, sedangkan saya tak bole nak tinggalkan rumah dengan tak berkunci. Memang saya bengang. Saya juga terpaksa ambil EL... Terpaksa saya korbankan cuti Krismas saya untuk ke oversea... Memang menyusahkan saya. Heran, tiada barang berharga yang diambil, rumah juga tidak di geledah ....Tetapi saya terpaksa welding semula grill, tukar tombol pintu depan dan pintu bilik yang rosak dan menambah selak pintu yang ada. Dan ada yang berseloroh, nak sponsor CCTV kat rumah saya... Thanks yek sebab menghanjing orang yang tengah serabut kusut ni...hehehehhehe







Malam tu, saya dan housemate tidur di ruang tamu.. Setiap sejam housemate saya akan meninjau di Sliding door untuk memastikan keadaan selamat.. Setiap 5 minit saya akan terjaga dan mencari housemate saya... Sedangkan dia ada di sebelah saya.... Trauma dan fobia... Saya tak pasti bagaimana malam kami harini...

Terima kasih pada yang mengambil berat tentang kejadian ini. Terima kasih pada yang banyak membantu dan meluangkan masa untuk melawat tapak KEJADIAN :) *sigh*.... Hanya Allah yang mengetahui apa motif 'dia' memecah masuk rumah saya. Alhamdulillah tiada barang yang hilang cuma emosi saya masih belum stabil sepenuhnya .....


***********************************************************************************************************









Friday, December 6, 2013

~Miss U~


toys yang tak sempat nak bagi sampai la hari ni :'(



Rindu ini Allah tahu. Penderitaan ini Allah tahu. Dia adalah sebaik-baik pengatur. Bersangka baik pada Allah.

Hanya orang yang Dia sayang diuji begitu hebat. La futur, Qawiy Lillahita’ala.




Friday, November 29, 2013

~Saya dan Si Malang~

As-Salam,

Saya punya kawan baik, bernama si Malang. Kemana saja saya pergi, si Malang sering menjadi bayangan saya. Kadangkala si Malang ni menakutkan saya, menghantui hidup saya dan memberi saya mimpi ngeri setiap malam.

Saya tidak pasti bilakah sebenarnya kewujudan si Malang ini dalam hidup saya. Mungkin kerana saya lalai dan sehinggakan tak sedar bila si Malang ini sebati dalam hidup saya. Semakin hari kami semakin serasi. Di mana ada saya, di situ ada si Malang. Kami seperti kembar siam yang sukar dipisahkan

Kadang kala saya seperti ingin lari dari si Malang. Saya merasakan si Malang selalu membebankan hidup saya. Tapi apakan daya, si Malang memang di cipta untuk mendampingi saya dan mempengaruhi seluruh hidup saya.

"Ya Allah, ku mohon bawalah si Malang pergi dari hidup saya untuk selamanya."















Tuesday, November 26, 2013

~Bukit Saga, 10 November 2013~

As-Salam,

Throwback on 10 November 2013, kami seramai 9 orang mendaki Bukit Saga. Nampak macam senang, tapi kebetulan pagi tu hujan lebat, jadi trek kami agak sukar, licin dan berbecak. Tapi pendakian kami tidak sia-sia bila sampai di Air Terjun yang sangan bersih dan sejuk. Bukit Saga punya banyak laluan dan juga punya check point di beberapa tempat. Setiap check point ada tempat beriadah. Difahamkan disini juga terdapat pokok yang berusia 500 tahun.

Bukit Saga is a low hill (about 410m) located in Cheras. Despite the low elevation, there are many up and down. During this trip, we did the big loop starting from Taman Saga. There would be 3 more starting points such as Cheras Hartamas, Cheras Awana atau Wangsa Cheras.

Tips:
Overview:
Bukit Saga is a small hill located in Cheras. There are a few fitness station on the hill.

Tips:
- There are many trails and it could be easy for one to take the wrong one
- There is some water available at the station
- There are a few entrances
- There is a water point at the entrance to clean up after the hike

Point of Interest:
- The 2 waterfalls of Bukit Apeh, suitable to take shower
- Bukit Saga peak, very near the entrance

Description:
From the starting point used, it goes up, it is steep but there are many roots. Bukit Saga summit can be reached wuite fast and once there, elevations changes are reduced but constant all over the place. The way to the lower waterfall is steep.





















* keindahan dan kebersihan Bukit Saga masih dijaga rapi dan masih belum tercemar :)




Wednesday, November 20, 2013

~7 Ways Cats Show They Love Us~




There’s no doubt that cats love us as much as we love them. People who haven’t been blessed with furry feline love have a difficult time believing this because kitties show affection very differently than people or dogs do.

How Cats Show They Love Us


Cats Love with Purrs.
When your cat purrs in your presence, you can be sure she's expressing her love for you. 

Cats Love with Bunting.
When a cat cheek-rubs you, head-bumps your face, or pushes against you, he leaves his scented signature. 

Cats Love with Spraying.
Say it ain't so! But it's true - if your cat has decided to baptize your bed or other belongings with urine, your should consider it a back-handed compliment. 

Cats Love with Rolling.
When kitty throws himself on the ground at your feet, and rolls around, consider this a loving greeting and a solicitation for attention. 

Cats Love with Scratching.
Pay attention to where your cats scratches the most. The areas most important to kitty often are related to those places associated with the owner, like a favorite chair where you sit. 

Cats Love with Sleeping.
Since they are most vulnerable during sleep, the place your cat choose to snooze must be a secure and trusted location. There is no greater loving compliment than a cat choosing your lap for favorite sleep spot. 

Cats Love with their Eyes.
Cats that place their faces and wide open eyes near a human express great trust and love. A slow "eye blink" from across the room is considered a cat kiss.  





*kredit to lovecatsworld.com




Tuesday, November 19, 2013

~Oh My Gucci~

As-Salam,

Pada bulan April 2012 saya kebetulan berada di sekitar Pet Shop area Melawati untuk cuci mata tengok kucing. Asalnya untuk cuci mata jeeee. Tapi tiba-tiba saya terpandang seekor anak kucing yang sangat kecil, kurus dan sedang tidur. Saya bertanya kepada tuan kedai tentang kucing tu, katanya kucing baru berumur 2 bulan sewaktu dihantar di kedai untuk dijual. Jadi maknanya, sewaktu saya melihat anak kucing tersebut, umur nya lebih kurang 2 bulan lebih. Keadaan seperti kekurangan zat. Saya ambil keputusan untuk membeli anak kucing tersebut dengan harga RM900, sangat mahal dan tak bole nego harga.

Saya bawa pulang seekor kucing yg sangat kurus dan kekurangan zat. 1st thing, saya vaksin dulu kucing tu. Saya beri ubat kutu. Saya beri makan Royal Canin Kitten. Dan saya beri nama BABY GUCCI.

Gucci, kuat tido, kuat main dan KURANG makan. Dia suka tido atas badan, atas kepala dan dia cuma minum air bersih. Kadang-kadang geram jugak sebab bila habuk atau bulu dia sendiri termasuk dalam air minum dia, dia langsung tak nak minum dan kadang-kadang dia akan terbalik kan bekas minuman dia tanda protes air ada bulu sendiri.




Setelah beberapa bulan Gucci menjadi peneman dan pendamping saya, badan Gucci mulai gebu dan kembang. Geram je nak picit budak ni.




Ada juga manusia yang menuduh saya tak pandai menjaga kucing. Katanya "kucing pun tak reti nak jaga, macam mana nak jaga anak sendiri nanti".. Mungkin dia lupa, kucing-kucing saya sebelum ini, sangat sihat, gebu dan cantik. Cumanya kucing saya kene curi, dan mati. Tak pernah lagi la kucing-kucing saya kebuluran, terbiar berpenyakit. Setiap kali ada yang tak kene je dengan kucing-kucing saya, terus saya bawak pegi klinik. Korang bole baca post-post saya sebelum ni pasal kucing saya.

Kemudian baru-baru ni Gucci jatuh dari tingkat 5. Keadaan Gucci sangat menyedihkan. Mulut dan hidung berdarah, rahang retak, kedua-dua tangan patah dan leher bengkak. Pergi ke UPM veterinar, katanya wad penuh (sepertinya tak sudi nak rawat kucing saya) walaupun keadaan Gucci sangat teruk waktu tu. At least cek la apa-apa yang patut. 

Saya terus Google Klinik yang ada ortopedik sebab nak x-ray tulang dia. So, saya decide bawa ke klinik di Seri Kembangan. X-ray kaki, confirm patah. Rahang retak, leher bengkak. Keadaan Gucci sangat kurus sebab dari hari Khamis dia tak nak makan dan minum (kerana terlalu sakit). 

Di bawah ni gambar-gambar sewaktu Gucci di bawa ke Klinik untuk pemeriksaan.






 Khamis, 14 November 2013.

Saya mendapat berita yang Gucci hilang. Tak lama selepas itu Gucci dijumpai di bawah sebuah kereta dengan keadaan yang berdarah-darah. Gucci di bawa ke Klinik Veterinar KL, private hospital untuk haiwan, boarding semalaman (RM60), consultation & x-ray (RM120).

Jumaat, 15 November 2013.

I've decided untuk bawa Gucci ke UPM veterinar. Kata nya UPM punya kepakaran dan sedikit murah dari private hospital. Tapi UPM tak nak terima Gucci, katanya wad penuh. Jadi terus pergi ke Seri Kembangan, ada 1 klinik yang bole x-ray n surgery. Doktor suggest operate pada hari Isnin untuk 2-2 kaki dan pasang klip.

Sabtu, 16 November 2013

Pagi-pagi terus ke klinik tu, tapi tutup pulak..Aduhaii...Nak melawat baby pon susah.

Ahad, 17 November 2013

Same mission as yesterday, pagi-pagi g klinik nak tengok keadaan Gucci. Nasib bukak, sedih je tengok dia tak bermaya.

 Isnin, 18 November 2013.

12.15pm Gucci mula di bedah untuk membetulkan tulang dan memasang klip pada tulang. Operation habis lebih kurang pukul 4.40pm. Doktor sendiri bagitau, ini adalah major operation untuk Gucci. Saya di office tak senang duduk teringat kat si Gucci. 4.30pm, saya lari jugak dari office untuk melihat keadaan Gucci, dalam hati terdetik "doktor ni janji nak call kalo dah habis operation, xde pon?"...........

Lebih kurang 5pm, saya sampai klinik terus masuk ke tempat Gucci. Nak tengok keadaan dia. Sedih betul.... Dia masih tak sedarkan diri...

Doktor cakap, hari ni tak sempat untuk operate 2-2 tangan, esok akan pasang klip untuk sebelah lagi tangan Gucci.

Selasa, 19 November 2013.

Sehingga blog ini dikarang pukul 3pm, saya masih tak tau apa keadaan Gucci. Doktor ni pulak tak call...Aduhai, tak sabar tunggu petang nak tengok Gucci...

Gucci lepas operation


*tak sabar nak bawak Gucci balik :'( 



*malas nak cakap apa-apa.....