Friday, September 14, 2012

~just let it go~


~63 Petua bahagia Dr Fadhilah Kamsah~

63 PETUA BAHAGIA DR FADHILAH KAMSAH

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan..
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

~It's an alarm that YOU SHOULD WAKE UP~

Tajuk je dah menunjukkan 'cliche' di situ. Memang sengaja aku gunakan ayat itu "it's an alarm that you should wake up".



Ada few things yang patut anda 'wake up' bila berhadapan dengan keadaan seperti ini :-


1.   Bila suami anda mula keluar setiap malam

2.   Bila suami anda mula meletakkan passcode kat hp (bila selama ini xpernah diletakkan passcode)

3.   Bila suami anda mula menukar nama 'SAYANG', 'HONEY' atau panggilan manja dalam call log kepada nama penuh anda.

4.   Bila suami anda mula tido di sofa depan TV setiap malam

5.   Bila suami anda mula mengabaikan nafkah zahir dan batin

6.   Bila suami anda mula mengusung hp kehulur kehilir termasuk la ketika masuk ke toilet :)

7.   Bila suami anda mula privatekan wall fb nya

8.   Bila suami anda mula mencari salah anda walaupun kesalahan anda sekecil zarah

9.   Bila suami anda mula mencerita keburukan anda kepada ahli keluarga dan sahabat 

10. Bila suami anda mula membelakangkan anda saat membuat sesuatu keputusan (tanpa berbincang dengan anda terlebih dahulu)

11. Bila suami anda mula berahsia dengan anda

12. Bila suami anda mula tidak mengangkat panggilan anda dan tidak pula return call anda

13. Bila suami anda mula tukar gambar wall paper hp, dari gambar anda berdua tukar kepada gambar suami anda seorang diri tersengih perasan handsome

14. Bila suami anda mula delete gambar anda dari fb nya

15. Bila suami anda mula membandingkan kecantikan wanita lain dengan anda

16. Bila suami anda mula memuji-muji wanita lain dan kadang-kadang memuji-muji bekas teman wanita nya

17. Bila suami anda mula berkasar dengan anda dan naik segala kaki tangan yang ada


*suami anda :)