Thursday, August 9, 2012

~Dear, Hurry Up!~




**jangan lupa dapatkan majalah LISA di pasaran !**





~Resepi Asam Pedas Cik Ponti~

Holla,
Memandangkan ramai yang request resepi asam pedas yang gambarnya di upload dalam facebook, jadi, harini dengan senang hati nak share resepi, so kepada mereka-mereka yang dah cuba buat ikut resepi aku bagi ni, sila la komen kat bawah nak tau juga korang berjaya ke tak wat asam pedas ni :) and ape hasil nya?...



My Asam Pedas (i used ikan tenggiri)




Ikan jenahak/ikan parang/ikan merah 1/2 kilo (ikan ikut selera masing-masing)


Cili kering 20 batang (rebus dan cuci)
buah keras 5 bij
belacan 1/2 inci

(Blend ke semua bahan di atas dan ketepikan)


Bawang merah kecil 5 ulas
bawang putih 3 ulas
serai satu batang yang kecil
kunyit hidup 1 inci.

(Blend ke semua ini dan ketepikan)

bahan-bahan lain untuk ditumis :

biji halba - 10 biji
daun kari - satu batang lurutkan
daun kesum 2 tangkai ikat


Cara-caranya,


1.Panaskan minyak, tumiskan biji halba, daun kari, daun kesum.

2. Setelah naik bau, masukkan kisaran campuran bawang bawang tadi sehingga naik bau dan agak garing.

3. Masukkan pula kisaran campuran cili kering tadi sehingga garing dan naik minyak.

4. Masukkan air bancuhan asam jawa, garam dan ajinomoto dan sedikit air (saya tak menggunakan ajinomoto sama sekali)

5. Setelah mendidih masukkan ikan, tomato dan kacang bendi.

6. Biar mendidih dan kemudian kecilkan api untuk merenihnya.

7 Angkat dan hidang bersama nasi panas.








** sangat senang dan sedap...cuba la.....sharing is caring :) **









Wednesday, August 8, 2012

~Pen'suci'an Hati , Pe'murni'an Jiwa~

Assalammualaikum,

Hari ini 8 Ogos 2012 bersamaan hari Rabu. Semalam kami telah mendaftar sebagai sukarelawan di Jabatan Basmi Kemiskinan (YBK).




Sebelum ini kami hanya mendengar cerita dari seorang sahabat NGO di sana. Tiba-tiba pada 7 Ogos 2012 kami tergerak hati untuk mendaftar sebagai sukarelawan. Kami layari laman web YBK terutamanya  http://www.ybk.org.my/pendidikan/aska-gesir.html   .  Selepas habis melayari laman web tersebut, kami terus membuat keputusan untuk bertandang ke sana pada hari Sabtu bersamaan 11 Ogos 2012 untuk sama-sama berkongsi gembira melayari Ramadhan dan bakal menyambut Syawal.

Tanpa berlengah, kami terus ber'text' dengan rakan-rakan yang lain, yang sama-sama berminat untuk menyertai 'rombongan bertandang' kami. Terima kasih kepada Nory, Nazlin, Elly dan hamba allah yang sudi bersama-sama menjayakan misi. Jadi kepada yang berminat untuk sama-sama menyumbang (makanan,pakaian,barang peribadi, duit raya, bunga api dan sebagainya) bolehla meninggalkan komen atau memberi maklum balas di blog ini atau di HP kami yang terlibat :) ..

Sama-sama lah kita men'suci'kan hati dan me'murni'kan jiwa :)

Berikut adalah artikel yang kami baca di laman web tersebut.



***********************************************************************


Asrama Kasih YBK Gesir (Jambo Sakti) adalah program sosio-pendidikan pelajar dari keluarga miskin dari seluruh negara. Asrama ini menempatkan pelajar miskin luar bandar dari kalangan anak-anak piatu, yatim dan keluarga miskin yang mempunyai potensi untuk berjaya dalam pelajaran.

Asrama Jambo Sakti terletak di Kampong Gesir Tengah, Hulu Bernam. Kemudahan bangunan penginapan merupakan rumah yang disumbangkan oleh YB Dato’ Zainal Abidin Hj Sakom, Pengerusi YBK. Pelajar Tahun 3-6 dari kalangan anak yatim atau dari keluarga termiskin ditempatkan di asrama ini. Semua kalangan mereka mereka bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gesir, Hulu Bernam. Lepasan asrama ini akan ditempatkan di Asrama Kasih YBK Serendah

Pelajar yang diberi peluang menetap di asrama ini diberi kemudahan penginapan, makanan, pembiayaan persekolahan, pengangkutan sekolah dan pendidikan agama secara percuma sepenuhnya yang dibiayai oleh YBK. Pengurusan Asrama Jambor Sakti di selia oleh 3 orang pekerja YBK.

Antara lain Asrama Kasih YBK Gesir (Jambo Sakti) ini bertujuan membantu pelajar dari kalangan anak-anak yatim piatu, yatim dan keluarga miskin menikmati kehidupan yang selesa. Disamping itu asrama ini juga bertujuan membantu pelajar miskin melalui proses pembelajaran dalam menikmati zaman persekolahan yang sempurna dan seterusnya memastikan masa depan yang lebih terjamin. Di asrama ini pelajar akan dibantu menguruskan diri dengan disiplin dan bimbingan sahsiah yang sempurna dan terjamin.

Pemilihan pelajar dilakukan setiap tahun di mana YBK akan menghantar surat kepada sekolah-sekolah luar bandar di selangor dan sekolah terpilih seluruh negara. YBK akan menilai perakuan sekolah berdasarkan tahap kemiskinan keluarga (pendapatan per kapita, bilangan isi rumah), pencapaian akademik yang memuaskan (keputusan peperiksaan dan IQ Test), status pelajar (anak yatim piatu dan yatim akan diberi keutamaan). Mereka yang telah disenarai pendek akan disiasat oleh pegawai YBK dengan menemuduga keluarga pemohon berdasarkan penilaian di atas.








 




Statistik Penting (Kemaskini 30/12/2010)
TAHUN BILANGAN PELAJAR PURATA UPSR KOS OPERASI (RM)
2003 8 79.6% -
2004 10 76.8% 168,695.40
2005 36 63.9% 100,642.50
2006 37 77.5% 191,347.00
2007 27 74.2% 146,320.90
2008 40 66.8% 104,300.92
2009 29 73.8% 137,600.40
2010 36 68.7% 148,645.40
2011 42 74.1% 365,142.76
2012 35 - -
JUMLAH 265 - 1,362,695.28












Berdasarkan kepada grade UPSR di mana A = 88%, B = 68%, C = 56% D = 48%, E - 43% G = 20%.