Monday, April 23, 2012

~Maafkan Segala Kesalahanku~

Membaca tajuk jelas menggambarkan maksud. Tiada yang tersirat atau yang tersurat. Maafkan segala kesalahanku :)...

Manusia, sentiasa leka dan sentiasa berbuat silap. Kita manusia. Iman sekecil zarah. Normal bagi seorang manusia itu untuk berbuat silap. Cumanya sebagai manusia kita harus sedar dan memohon ampun (pada Allah) juga maaf (kepada insan itu).

Aku berperang dengan perasaan sendiri. Semakin hampir tarikh 'itu', semakin aku tidak menentu. Terlalu stress untuk menguruskan segalanya sendiri, lebih-lebih lagi bila mahu memenuhi impian dan harapan orang sekeliling. Yang berharapkan sesuatu yang tak termampu aku lakukan. Aku berusaha LEBIH dari kudrat yang aku ada. Aku semakin stress bila masih ada manusia-manusia yang berusaha memutuskan ikatan itu, manusia-manusia yang masih mengharapkan ikatan itu terlerai... Masih ada juga manusia yang masih berusaha untuk memenangi hati ku semula.

31 tahun aku hidup dalam kesunyian dan sengsara, berilah peluang untuk aku merasa bahagia. Aku mohon, doakan lah aku bahagia. Berilah aku semangat. Sekali ini sahaja, berilah aku ruang untuk bernafas dengan tenang. Sepanjang aku masih tidak punya 'cahaya', kenapa manusia itu tidak berusaha bersungguh untuk memenangi hati aku semula? Kenapa setelah aku dimiliki, manusia itu baru tersedar dan menyesal?.. Buat manusia itu, segalanya mungkin telah terlambat. Sekarang aku sudah punya arah tuju, aku punya dunia baru, aku menuju ke jalan itu... Aku harus lebih taat padanya. Supaya aku tidak di anggap derhaka.

Aku juga manusia. Aku juga telah melakukan kesalahan. Dan aku menyesal dengan tindakan aku. Tak sepatutnya aku meragui keihklasan dan ketulusan Nya. Maafkan aku, maafkan segala kesalahanku. Jangan samakan aku dengan wanita itu. Sesungguhnya aku dan dia tiada persamaan, dan berada di dalam situasi yang berbeza juga matlamat yang tidak sama. Aku menyesal dengan tindakan aku. Sekali lagi maafkan aku.

Aku juga manusia, kadang kala punya perasaan disisih dan terpinggir. Aku perlukan kekuatan. Lebih lagi setelah dihina oleh wanita itu dan juga desakkan di sekeliling. Tak perlu ungkapan yang menyakitkan itu, kerana aku tau siapa aku dan aku masih sedar diri. Aku, sebagai manusia, aku bersyukur, dikurniakan 'cahaya' setelah bertahun, masih mencari arah dan 'cahaya' dalam kegelapan. Aku sebagai manusia, bersyukur 'cahaya' itu hadir sewaktu aku hampir putus asa dan tiada harapan lagi untuk meneruskan nafas ini. Setelah sekian lama aku berdoa untuk 'cahaya' itu hadir, Allah makbulkan sewaktu aku hampir putus asa.

Wahai 'cahaya', rawat lah hati dan jiwa ini.

"I fall, i rise, i make mistakes, i live, i learn, i've been hurt but im alive, im human. im not perfect but im thankful"








1 comment:

Mafia Rider said...

x semua org suke tgk seseorg itu bahgia..mcm2 cr diorg akn cuba tuk hancur kn kebahgian seseorg itu..tp sekiranya dh t'tulis bahgia tu untuk awk..Insyaallah TUHAN akn permudahkan semua ye..cuma b'doa dan yakin dgn keputusan sendri & sentiasa semat dlm hati ALLAH ITU MAHA PENGASIH & PENYAYANG..yakin pe yg b'laku de sbb & hikmah ye..DIA xkan biar kn umat ye hidup dlm sengsara..yg pntg percaya padaNYA yg 'dia' adalah jodoh awk yg TUHAN tetap kan...so kena gembira jgn stress2..masih de kwn2 yg sokong awk.. :-D