Monday, April 16, 2012

~Abah~

Dah lama rasanya tak menulis blog. Termasuk tentang hari bahagia aku.

Tetapi pada hari ini, dengan penuh rasa sedih dan sayu aku menulis untuk mengabadikan kenangan bersama Abah.

Abah...
Abah banyak membantu aku sewaktu di UiTM Shah Alam dulu. Abah yang bayarkan sewa rumah aku semasa aku sesak. Abah yang sedaya upaya menghantar makanan untuk aku sewaktu aku menangis mengadu lapar. Tak kira siang atau malam. Jika dia tak dapat datang, dia akan pastikan ada seseorang yang datang untuk membantu aku. Ya, aku merasai kasih sayang Abah, lebih dari bapak aku sendiri.

Aku pernah disekat bantuan kewangan daripada family, Abah la yang banyak membantu aku. Termasuk la mendahulukan deposit untuk rumah sewa. Saat aku sudah berkerja, dan mampu berdiri dengan kaki sendiri, aku cari Abah... Aku nak balas segala jasa-jasa baik Abah selama ini. Tapi, Abah menolak keras apa yang ingin aku berikan untuk membalas jasa Abah. Abah halalkan segalanya yang pernah dia beri selama ini. Aku amat2 terharu dengan Abah. Aku sanjung dia. Membantu tanpa mengira pertalian darah. Abah tak pernah mengungkit dan tak pernah meminta balasan. Abah berjiwa besar. Membantu anak bangsa sendiri. Aku juga ingin menjadi seperti Abah.

Abah....
Innalilahiwainnailaihirojiun... Abah meninggal hari ini. Awal pagi tadi selepas menjalankan tanggungjawap sebagai seorang suami dan bapa mithali. Selepas menghantar mama pergi kerja, selepas hantar anak Abah ke sekolah. Abah kene hard attack sewaktu memandu. Abah terbabas dan melanggar divider.. Jiji bagitau, kawan-kawan Jiji dah cuba sedaya upaya pecahkan cermin kereta Abah. Nak selamatkan Abah. Mereka nampak macam mana Abah menghembuskan nafas terakhir Abah...


Abah...
Dari last week teringat n rindu sangat kat Abah. Rupanya petanda Abah akan pergi selamanya. Nampaknya dengan iringan doa je bole hilangkan kerinduan pada Abah...

Abah...
 :'(
Tiada kata-kata yang dapat aku luah kan...selain TERIMA KASIH atas segalanya.
Sayang Abah...Walaupun Abah hanya lah ayah angkat... Banyak jasa Abah xterbalas.
 


Semoga Allah tempatkan roh abah di kalangan orang-orang beriman.


Al-Fatihah..



2 comments:

HisyamAdnan said...

dalam hidup ini kita sering meninggalkan orang yang sayang dan ambik berat pada kita. i hope can spent more time with the person i love after this.Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada Allah kami kembali.

Mafia Rider said...

kirim kn la doa sentiasa supaya roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...Amin....
takziah dr sy yek... :-(:-(:-(