Thursday, April 26, 2012

~Can i cancel everything?~




People cry, not because they're weak.
It's because they've been strong for too long.

It's My Life: ~Nini Celup-Celup :p~

It's My Life: ~Nini Celup-Celup :p~: First of all, biar aku gelak dulu...Kerana gambar yang bakal anda lihat, mungkin akan mengingatkan anda kepada zaman kanak-ka...

~Nini Celup-Celup :p~

First of all, biar aku gelak dulu...Kerana gambar yang bakal anda lihat, mungkin akan mengingatkan anda kepada zaman kanak-kanak anda.

Gambar ni semua candid, diambil tanpa disedari kerana terlalu kusyuk menikmati NINI. Minta maaf, saya terlanjur perbuatan...hihihihihhihihi..... Nory bukan main gelak macam nak mintak penampar.. :p












Monday, April 23, 2012

~Are You A Reason, Season , or a Lifetime?~

People come into your life for a reason, a season ar a lifetime. When you figure out which one it is, you will know what to do for each person.

When someone is in ypur life for a REASON, it is usually to meet a need you have expressed. They have come to assist you through a difficulty; to provide you with guidance and support; to aid you physically, emotionally or spiritually. They may seem like a godsend, and they are. They are there for the reason you need them to be.

Then, without any wrongdoing on your part or at an incovenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end. Sometimes they die. Sometimes they walk away. Sometimes they act up and force you to take a stand. What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled; their work is done. The prayer you send up has been answered and now it is time to move on.

Some people come into your life for a SEASON, because your turn has come to share, grow or learn. They bring you an experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have never done. They usually give you an unbelievable amount of joy. Believe it. It is real. But only for a season.

LIFETIME relationship teach you lifetime lessons; things you must build upon in oder to have a solid emotional foundation. Your job is to accept the lesson, love the person, and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life. It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.




It's My Life: ~Maafkan Segala Kesalahanku~

It's My Life: ~Maafkan Segala Kesalahanku~: Membaca tajuk jelas menggambarkan maksud. Tiada yang tersirat atau yang tersurat. Maafkan segala kesalahanku :)... Manusia, sentiasa leka ...

~Maafkan Segala Kesalahanku~

Membaca tajuk jelas menggambarkan maksud. Tiada yang tersirat atau yang tersurat. Maafkan segala kesalahanku :)...

Manusia, sentiasa leka dan sentiasa berbuat silap. Kita manusia. Iman sekecil zarah. Normal bagi seorang manusia itu untuk berbuat silap. Cumanya sebagai manusia kita harus sedar dan memohon ampun (pada Allah) juga maaf (kepada insan itu).

Aku berperang dengan perasaan sendiri. Semakin hampir tarikh 'itu', semakin aku tidak menentu. Terlalu stress untuk menguruskan segalanya sendiri, lebih-lebih lagi bila mahu memenuhi impian dan harapan orang sekeliling. Yang berharapkan sesuatu yang tak termampu aku lakukan. Aku berusaha LEBIH dari kudrat yang aku ada. Aku semakin stress bila masih ada manusia-manusia yang berusaha memutuskan ikatan itu, manusia-manusia yang masih mengharapkan ikatan itu terlerai... Masih ada juga manusia yang masih berusaha untuk memenangi hati ku semula.

31 tahun aku hidup dalam kesunyian dan sengsara, berilah peluang untuk aku merasa bahagia. Aku mohon, doakan lah aku bahagia. Berilah aku semangat. Sekali ini sahaja, berilah aku ruang untuk bernafas dengan tenang. Sepanjang aku masih tidak punya 'cahaya', kenapa manusia itu tidak berusaha bersungguh untuk memenangi hati aku semula? Kenapa setelah aku dimiliki, manusia itu baru tersedar dan menyesal?.. Buat manusia itu, segalanya mungkin telah terlambat. Sekarang aku sudah punya arah tuju, aku punya dunia baru, aku menuju ke jalan itu... Aku harus lebih taat padanya. Supaya aku tidak di anggap derhaka.

Aku juga manusia. Aku juga telah melakukan kesalahan. Dan aku menyesal dengan tindakan aku. Tak sepatutnya aku meragui keihklasan dan ketulusan Nya. Maafkan aku, maafkan segala kesalahanku. Jangan samakan aku dengan wanita itu. Sesungguhnya aku dan dia tiada persamaan, dan berada di dalam situasi yang berbeza juga matlamat yang tidak sama. Aku menyesal dengan tindakan aku. Sekali lagi maafkan aku.

Aku juga manusia, kadang kala punya perasaan disisih dan terpinggir. Aku perlukan kekuatan. Lebih lagi setelah dihina oleh wanita itu dan juga desakkan di sekeliling. Tak perlu ungkapan yang menyakitkan itu, kerana aku tau siapa aku dan aku masih sedar diri. Aku, sebagai manusia, aku bersyukur, dikurniakan 'cahaya' setelah bertahun, masih mencari arah dan 'cahaya' dalam kegelapan. Aku sebagai manusia, bersyukur 'cahaya' itu hadir sewaktu aku hampir putus asa dan tiada harapan lagi untuk meneruskan nafas ini. Setelah sekian lama aku berdoa untuk 'cahaya' itu hadir, Allah makbulkan sewaktu aku hampir putus asa.

Wahai 'cahaya', rawat lah hati dan jiwa ini.

"I fall, i rise, i make mistakes, i live, i learn, i've been hurt but im alive, im human. im not perfect but im thankful"








Monday, April 16, 2012

It's My Life: ~Abah~

It's My Life: ~Abah~: Dah lama rasanya tak menulis blog. Termasuk tentang hari bahagia aku. Tetapi pada hari ini, dengan penuh rasa sedih dan sayu aku menulis u...

~Abah~

Dah lama rasanya tak menulis blog. Termasuk tentang hari bahagia aku.

Tetapi pada hari ini, dengan penuh rasa sedih dan sayu aku menulis untuk mengabadikan kenangan bersama Abah.

Abah...
Abah banyak membantu aku sewaktu di UiTM Shah Alam dulu. Abah yang bayarkan sewa rumah aku semasa aku sesak. Abah yang sedaya upaya menghantar makanan untuk aku sewaktu aku menangis mengadu lapar. Tak kira siang atau malam. Jika dia tak dapat datang, dia akan pastikan ada seseorang yang datang untuk membantu aku. Ya, aku merasai kasih sayang Abah, lebih dari bapak aku sendiri.

Aku pernah disekat bantuan kewangan daripada family, Abah la yang banyak membantu aku. Termasuk la mendahulukan deposit untuk rumah sewa. Saat aku sudah berkerja, dan mampu berdiri dengan kaki sendiri, aku cari Abah... Aku nak balas segala jasa-jasa baik Abah selama ini. Tapi, Abah menolak keras apa yang ingin aku berikan untuk membalas jasa Abah. Abah halalkan segalanya yang pernah dia beri selama ini. Aku amat2 terharu dengan Abah. Aku sanjung dia. Membantu tanpa mengira pertalian darah. Abah tak pernah mengungkit dan tak pernah meminta balasan. Abah berjiwa besar. Membantu anak bangsa sendiri. Aku juga ingin menjadi seperti Abah.

Abah....
Innalilahiwainnailaihirojiun... Abah meninggal hari ini. Awal pagi tadi selepas menjalankan tanggungjawap sebagai seorang suami dan bapa mithali. Selepas menghantar mama pergi kerja, selepas hantar anak Abah ke sekolah. Abah kene hard attack sewaktu memandu. Abah terbabas dan melanggar divider.. Jiji bagitau, kawan-kawan Jiji dah cuba sedaya upaya pecahkan cermin kereta Abah. Nak selamatkan Abah. Mereka nampak macam mana Abah menghembuskan nafas terakhir Abah...


Abah...
Dari last week teringat n rindu sangat kat Abah. Rupanya petanda Abah akan pergi selamanya. Nampaknya dengan iringan doa je bole hilangkan kerinduan pada Abah...

Abah...
 :'(
Tiada kata-kata yang dapat aku luah kan...selain TERIMA KASIH atas segalanya.
Sayang Abah...Walaupun Abah hanya lah ayah angkat... Banyak jasa Abah xterbalas.
 


Semoga Allah tempatkan roh abah di kalangan orang-orang beriman.


Al-Fatihah..



Friday, April 13, 2012

~The Day God Called You Home~

“God looked around His garden and He found an empty place.
And then He looked down upon the earth, and saw your tired face.
He put His arms around you and lifted you to rest.
God’s garden must be beautiful, He always takes the best.
He knew that you were suffering, He knew you were in pain,
He knew that you would never get well on earth again.
He saw the road was getting rough, and a cure was out of sight,
So He closed your weary eyelids and whispered, ‘No more putting up a fight.’
It broke our heart to lose you. But you didn’t go alone,
For part of us went with you, the day God called you home.”