Wednesday, January 11, 2012

~Khasiat Sarang Burung Layang-Layang~

Sarang burung layang-layang ini dikenali sebagai makanan berkhasiat untuk golongan orang yang berkemampuan dan berada. Ini adalah kerana sarang burung layang-layang dijual dengan harga yang mahal di pasaran. Di Sabah misalnya, tiga buah sarang burung layang-layang di jual dengan harga RM3,100.

Menurut kajian yang dijalankan, sarang burung layang-layang ini sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar. Kajian masyarakat Cina di Beijing mendapati ianya juga merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.

Di Indonesia, terdapat laporan yang mengatakan sarang burung layang-layang ini juga mampu mengubati kanser dan hepatitis B. Setakat ini banyak kajian telah mula dijalankan bagi mengkaji khasiat-khasiat lain yang mungkin boleh didapati dalam sarang burung layang-layang ini.
Pada masa kini sarang burung layang-layang ini biasanya di reneh dan di buat sup dengan campuran kurma merah dan herba yang boleh didapati dari tabib-tabib cina. Ada juga yang mencampur sarang burung ini dalam sweet corn soup. Semuanya mengikut selera masing-masing.
Tetapi saya telah mencuba formula lain dengan menghasilkan kapsul untuk kegunaan sendiri. Kapsul ini mengandungi 100% ekstrak sarang burung layang-layang, tiada campuran lain. Hasilnya agak mengkagumkan. Kalau dahulu saya akan cepat merasa mengah atau lelah apabila berjalan agak jauh, sekarang ini Alhamdulillah keadaan sudah jauh berbeza. 

**petikan artikel dari http://birdnest136.blogspot.com**


Agak menarik artikel ini...WHY??...Kerana aku punya asma dan hampir setiap malam aku diserang asma. Juga kerana ada dinyatakan agen terbaik untuk memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. 

Aku pernah bergantung dengan ubat untuk menguatkan paru-paru selama 2 minggu. Tapi aku berhentikan penggunaan nya supaya aku tidak terlalu bergantung dengan ubat-ubatan. Supaya aku punya kekuatan dalaman sendiri.

Jadi mungkin pengambilan bird nest ini dapat membantu?.. 

Tak salah kita cuba untuk kesihatan kita kan..??

No comments: