Sunday, December 18, 2011

The Sweet Escape, Day 1

Seawal 7am dah bangun, sebab tak packing baju pon lagi nak ke Makassar. Siap packing baju, mandi, check passport ada dalam beg atau tak... Pastu kemas rumah sikit-sikit, peluk n peluk cium Gucci, pastu kuar pergi cari beg galas... Pusing kat Al-Ikhsan kat Bangi, tak bukak lagi, tgk jam, owhh..baru pukul 9.30am... Patut la... Pastu g Metro Kajang sebab nak tukar lagi duit Rupiah, pastu naik tingkat 2, nampak beg Body Glove, tgk jam lagi-dekat 10.15am... So, sambar je la beg Body Glove ni, walaupun bukanlah pilihan terbaik, tapi masa ni aku tengah terdesak, ambik je la...

Terus pegi airport, LCCT.... Tunggu Ina and Wawa, rupenyer diorang dah sampai awal lagi.

Beratur untuk check-in, tiba-tiba ada 3 orang sefamily potong barisan kami. Ok. Fine! Tak pe la, kami diam je... Pastu si isteri toleh kat kami,

Si Isteri : mau kemana?
Aku : Makassar (tidak menunjukkan kemesraan)

Si Isteri : berapa orang?
Aku : bertiga (???)

Si Isteri : pertama kali ya?
Aku : iya (sudah mula senyum)

Si Isteri : kalian nginap di mana?
Aku : Hotel Mercure (tersengeh lagi)

Aku : Ibu memang orang Makassar ya?
Si Isteri : Iya (sambil mengangguk-angguk)

Aku : Wah, kebetulan jumpa ibu disini, boleh la bawak kami pusing2 Makassar?! (nada excited)
Si Isteri : (senyum sinis, sambil mengangguk)


Kemudian kami bertukar-tukar no fon, nama hotel dan nama masing2. Sesudah check-in luggage, kami ke Marrybrown, having our lunch.. mana la tau ni kali terakhir kami 'melantak', mana la tau duit yang kami bawak tak cukup nak makan nasi..hik*hik*hik*.. mana la tau kami kene rompak di sana, kami kan JUTAWAN..kekekeke jutawan Rupiah...

Sedang di balai berlepas, kami sekali lagi bertembung dengan Si Isteri (Ibu Ridha). Balas-balas senyum sudahh....:p

Kami bertiga terpisah seat... Tapi kedudukan kami tidak la jauh sangat, yang penting aku sebaris dengan Wawa.. Ina pulak duduk di belakang baris Wawa. Still boleh main-main mata ngan diorang dalam flight nanti. Tah apa malang aku, dapat seat sebelah lelaki gatal, nama Afiffin. Sepanjang perjalanan yang memakan masa 3 jam tu dia dok sembang pasal poligami, pastu ajak aku kawen ngan dia plak...HEK! WTF!!!....

Ye, perjalanan kami memakan masa 3 jam 15 minit. Sepanjang perjalanan kami terpaksa memakai 'sebuk pengaman' (seat belt) kerana cuaca yang tak berapa elok. Berpeluh gak la bila flight kami bergegar-gegar.... Ditambah pulak dengan ketidakselesaan duduk di sebelah laki orang yang gatal nak berbini 2.... Minta-minta nombor telefon aku, aku cakap aku tak mampu pakai hp, padahal kat tangan aku tgh pegang iPhone4, tengah main games!! (wei pompuan, agak-agak la kalo nak menipu pown?!)...hahahahahahha...nasib la, sapa soh gatal sangat. Minta no hp, minta nama hotel, minta alamat di Malaysia...eeeiiii....Sabau je la.  Aku toleh tgk kat barisan kiri aku, Wawa dah terlentok pon,...hampeh, baru nak ajak main mata.... Pastu toleh belakang tengok Ina, cehh...ngejas mamat sebelah! Lagi hampeh ko Ina......

Sesampai di airport Ujung Padang, sedang menunggu luggage, kami berjumpa lagi dengan ibu Ridha, dia pesan tunggu di depan....

Sampai di depan, kami di ajak beriya-iya dengan Ibu Lina untuk menghantar kami ke hotel penginapan kami. Dengan segan silu kami menolak dengan baik.... Tapi di paksa juga... Jadi, kami pun naik la dengan Ibu Lina.





Sebelum dihantar ke Hotel Mercure, Makassar, Indonesia, kami di jamu dengan seafood di Rumah Makan Pantai Losari, ikan semua fresh-fresh... Macam-macam jenis ikan ada, yang tak pernah tengok pon ada...