Wednesday, July 6, 2011

~hometown~

Dah lama rasanya tak berBlog secara serious. Macam tak ada idea nak berBlog. Last week pulak balik ke kampung Perlis untuk melawat maktok yang baru menjalani operation mata. Singgah sebentar di Alor Setar untuk berjumpa family. Huuu~ Rasanya sudah 2 tahun tak 'pulang' ke kampung halaman, menjejakkan kaki di rumah sendiri. Ya, mungkin benar 'kata-kata' sedara yang lain, yang aku ni 'merajuk'. Ya! memang aku merajuk. Tapi kini aku lupa, apa yang aku rajukkan sangat sampai aku x jejakkan kaki ke rumah. Apapun ampun dan maaf aku minta dari mama n papa. Dah lama tak balik ke Alor Setar.



Balik ke rumah sendiri rasanya seperti menumpang di rumah orang. Serba tak kena rasanya. Mata juga seperti malu-malu ayam nak lelap. Akhirnya pukul 5am baru boleh melelapkan mata yang letih ni.

Sepanjang-panjang aku tak bole tido, aku belek2 gambar-gambar lama yang semakin pudar di makan anai-anai. Gambar zaman muda-muda bapak aku. Fuhhh... Handsome! Dari dulu lagi memang kawan-kawan aku dok tangkap cintan dengan Encik Rosedi. Dari sekolah redah  rendah sampai la sekarang ni. Gambar konvo aku di Uitm pon aku jumpa... Hik.Hik.Hik.... Kelakar tengok gambar-gambar lama.

Ulang alik Perlis-Alor Setar-Perlis-Padang Besar-Langkawi-Alor Setar. Sempat singgah ke Langkawi sebab nak cubit pipi Rafael yang super active, super fun and super bossy (Pa'el pandai main angry bird woooo)... Pastu sempat la jumpa Encik Azree aka Monyet kat Pantai Chenang...
Pa'el

Azree aka Monyet
time to go home~
 
 Sempat juga aku menimbang berat badan..huuu~45kg....GUMUKKKKK...help!


Apapun rasanya macam tak cukup 4 hari bercuti ke UTARA....



BYE~BYE~
-N-

No comments: