Monday, June 6, 2011

~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Artikel yang akan di 'paste' kan sebentar nanti adalah copy dari petikan artikel yang diambil dari Harian Metro online bertarikh 6.6.2011.

Sewaktu membaca tajuk artikel ini membuatkan aku teringat pengalaman di 'paksa', di 'ajak', di 'gula-gulakan' oleh kawan sendiri untuk menyertai skim cepat kaya ini. Bagi aku dalam dunia ni mana ada 'kaya' yang datang bergolek dan jatuh dari langit. Setiap kekayaan itu adalah dari hasil titik peluh kita sendiri. Dan setiap titik peluh itu ada 2 cabangnya, sama ada dengan jalan yang benar atau tidak benar.

Maksud mencari rezeki dengan jalan yang benar ialah apabila kita mencari kekayaan dengan berkerja keras. Usaha siang dan malam, berkorban masa, tenaga dan usaha supaya rezeki dan kekayaan itu diperolehi dengan halal dan kita yang mencarinya terasa kepuasan pada akhirnya.

Maksud mencari rezeki dengan jalan yang tidak benar ialah apabila kita sanggup menghasut, memaksa dan menipu bukan sahaja rakan-rakan kita, malahan saudara, rakan karib, jiran tetangga, schoolmate, officemate. Maksud aku ialah apabila 'orang-orang' ini mencuba pelbagai kaedah dan cara untuk memastikan ada 'downline' yang harus dicari untuk memastikan 'orang-orang' ini berterusan mendapat komesyen. Paling mudah ialah dengan mengajak rakan untuk menghadiri 'event' yang dianjurkan, supaya 'rakan-rakan' kita yang NAIF ini termakan, terpukau dan terpaku dengan kekayaan yang dimiliki oleh 'upline' yang telah berjaya (actually telah berjaya menipu dan mendapat untung). Nonsense.. For me there is no such thing... Aku dh selalu sangat dengar dan nampak sendiri macam mana kawan-kawan aku, officemate aku tertipu dengan skim ini. Bawak kawan join event pon dah bole dapat komesyen, kalo kawan (yang 'NAIF') yang join event tu sign up pon kita dah bole dapat $$$$... Korang tak kesian ke kat kawan-kawan tu?... Korang tu dah tentu, satunya-TAMAK duanya-NAK KAYA TANPA USAHA(KAYA CEPAT) tiganya-dah terjebak (stupidooow), so, jangan la kita jebakkan orang yang kita sayang. Sanggup paksa girlfriend untuk buat personal loan untuk memasuki skim cepat kaya nie. Last-last korang yang kayap. Jangan terlalu percaya dengan kata-kata orang. Dan 'orang-orang' ini memang pandai berkata-kata untuk memastikan akaun nya setiap bulan 'berisi'. Jadi KAMU, KAMU dan kamu downline yang terpaksa mencari downline dan terpaksa MENGORBANKAN orang tersayang contohnya adik-beradik, girlfriend, boyfriend, tunang, mak ayah di kampung (yang terlalu naif dan daif tu), makcik, pakcik, sepupu dan orang sekeliling.

Sanggupkah kita jadi 'KAYA' sedangkan rakan-rakan dan family kita terpaksa menanggung bebanan hutang seumur hidup.. (wat maksimum loan) Gila!...

Kalo korang-korang yang masih naif ni nak tau, kereta 'wajib' diorang ni mestilah Caldina, Alphard, sport car dan lain-lain. Ini semua untuk mengaburi mata korang je... Kalo korang nak tau, kebanyakkan kereta-kereta ini sudah di tarik dan dibeli semula. Yela, masa tengah maju dan ramai downline ni, mampu la nak bayar kete tu dengan duit 'kawan-kawan'. Lepas tu? Lepas setahun dua? Yezzaaa...kereta kene tarik la...

Setiap perjumpaan tu mestilah di kedai-kedai mamak atau hotel yang lounge dia leh nampak kete diorang yang diparking di luar... Ni semua strategi pemasaran je... Walaupun aku belajar Bachelor in Business Administration (belajar tak abis), aku bukannyer naif sangat bab-bab macam ni. Tak payah la nak tipu aku. 'Orang-orang' macam ni akan berjanji manis. Walau macam mana pon soalan kita, mereka tentu akan ada jawapannya. WHY? Because they study, they learn about people behaviour. Mereka akan tanya interest kita? Holiday? Beauty line? Car? Kalo holiday, dia akan bawak kita holiday (dh tentu pakai duit yang korang labur tu), padahal kalo nak g holiday macam tu, xperlula sampai 50k..Gila ke? Setakat nak pegi Phuket tu, bawah 5k je belanje, siap shopping lagi. Kalo yang suka kereta pulak (bagi lelaki), dia akan ajak naik and pusing-pusing naik kereta idaman kita tu... Kononnya bagi kita terliur la...Macam-macam janji manis la... Bila dia tengok kita xmembantu diorang, atau tak perform, dia akan biarkan kita terkapai-kapai sendiri.. Last-last, tanggung la korang bayar loan sampai 10 tahun, tiap-tiap bulan sampai RM500. Yang dikejar (kekayaan) xdapat, yang dikendong berciciran... Ada pulak tu yang sampai berenti kerja, sebab dah berjaya jadi orang 'atas' dan banyak orang bawah dah... Bravo geng!... Tapi BANYAk kawan aku yang join ni semua melingkup.. Sorry to say la... KESIAN...

Ini hanyalah luahan rasa hati. Aku punye blog, aku punya suka la nak cite pasal apa. Bagi yang terasa tu, aku mintak maaf banyak-banyak. Aku bukan bercerita pasal korang, tapi aku bercerita hakikat skim cepat kaya nie... Supaya kawan-kawan aku yang lain, yang aku sayang tu tak terjebak. Jangan terlalu naif dan percaya cakap orang. Kadang-kadang orang yang baik dengan kita tu la gunting dalam lipatan. Orang itu la yang akan menghancurkan hidup kita. Aku bercakap melalui pengalaman. Dan pengalaman banyak mengajar aku tentang hakikat kehidupan.



(petikan dari Akbar Harian Metro, 6.6.2011)

Jangan biar diri ditipu


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SUDAH beberapa kali saya memberi penerangan mengenai skim cepat kaya melalui Internet dan ia juga difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah, skim itu juga haram menurut panduan pelaburan Islam digariskan Majlis Ulama Fiqh Sedunia dan Majlis Ulama Indonesia.
Namun masih ada yang bertanya, seolah-olah tidak berpuas hati dan inginkan penjelasan lebih lanjut. Sekali lagi saya akan memperkatakan mengenai skim pelaburan Internet. Sebagai kesimpulan mudah untuk semua tulisan saya sebelum ini, skim pelaburan itu diharamkan kerana sebab berikut:


1. Jahalah (ketidaktahuan)


Ia bermaksud skim itu tidak diketahui dengan jelas identiti pengurus dana atau syarikat, di samping tiada lesen untuk membuktikan kewujudan mereka dan tanggungjawab mereka terhadap dana yang terkumpul. Mereka juga tidak dapat dihubungi, ditemui atau dilawati.

Berjual beli dan melabur tanpa mengetahui individu yang mengurus menyebabkan satu daripada syarat sah akad tidak dipenuhi. Ini menyebabkan akad terbatal.


2. Gharar (ketidaktentuan)

Tidak diketahui tempoh kewujudan laman web pelaburan itu, juga tidak diketahui sama ada benar-benar si ‘pelabur’ boleh mendapat wang dijanjikan atau tidak pada tempoh disebutkan iaitu 100 hari. Ini kerana, jika wang dijanjikan tidak muncul, tiada sesiapa boleh dihubungi. Ini menjadikannya gharar. Kesannya, sekali lagi ia membatalkan akad.


3. Riba

Saya menerangkan secara panjang lebar dalam pelbagai artikel sebelum ini. Justeru, bagi pihak yang berdegil lalu cuba mendakwa ‘fixed deposit’ (deposit tetap) sebagai bukan riba, anda perlu tahu pelaburan ini tetap haram kerana sebab lain yang saya sebutkan di sini.


4. Penipuan

Mendakwa menggunakan wang yang terkumpul untuk pelaburan perniagaan minyak dan gas, hartanah, mata wang, komoditi dan lain-lain, sedangkan ia tidak wujud.

Ini kerana, menurut pakar pelaburan sebenar tiada satu syarikat pun yang jika benar melabur dalam industri itu, mampu menjamin pulangan 240 peratus sebagaimana ditawarkan syarikat pelaburan Internet terbabit.

Malah, bank konvensional terbesar dunia yang juga mengamalkan riba dan menggunakan kepakaran seluruh pekerja mahirnya dicampur pula dengan aset mencecah trilion ringgit, masih tidak berani dan tidak mampu memberi janji pulangan 240 peratus dalam produk riba mereka seperti deposit tetap.

Berikut pula maklumat baik untuk dikongsi daripada seorang pakar pelaburan berkenaan ciri penipuan dalam skim cepat kaya Internet. Ia seperti berikut:



  • Semua ‘skim Ponzi’ akan menggalakkan ‘pelaburnya’ merekrut ‘pelabur’ baru kerana itu cara utama mereka mendapatkan wang baru. (Itu yang kini cuba dilakukan beberapa pihak yang meminta saya melabur di skim ini). Tanpa ‘pelabur’ baru, skim itu akan berkubur dengan cepat.







  • Pulangan yang dijanjikan adalah 20 peratus (atau lebih) sebulan, yang bermakna 240 peratus setahun. Pelabur bertaraf dunia seperti Warren Buffett dan George Soros pun hanya mampu memberi pulangan riba haram 20 hingga 34 peratus setahun.

    Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberi pulangan sebegitu tinggi? Seandainya benar, tentu semua media di dunia, termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan menyeluruh kepada pengurus dana pelaburan Internet.

    Namun, mengapa tidak ada? Tidak mungkin media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan sebegitu hebat.







  • Adakah masuk akal, pelaburan yang baru dibuat dalam tempoh sebulan boleh mendapat pulangan 20 peratus untuk bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk paling menguntungkan sekalipun, memerlukan masa.

    Jika benar ‘pengurus’ dana melaburkan wang dalam ‘forex’, ‘hedge funds’ dan sebagainya, pelaburan itu tidak membayar hasilnya selepas satu atau dua bulan. Justeru, jika ‘pengurus’ tidak dapat hasil pulangan, macam mana dia hendak bayar orang lain? Daripada mana datangnya wang itu?







  • Pengurus dana hanya menyebut ‘forex’, ‘hedge funds’, komoditi dan lain-lain, tetapi tidak menerangkan dengan terperinci pelaburan itu. Sesiapa boleh membuat dakwaan itu kerana ia sekadar ‘cakap mulut’.







  • Hanya disebabkan pelaburan itu ada di ‘offshore’, tidak bermakna pulangannya akan menggunung. Pelaburan di ‘offshore’ sama saja dengan pelaburan di ‘onshore’ — ‘mutual funds’, ‘unit trusts’, ‘fixed deposit’ dan sebagainya.







  • Semua pelabur ‘skim Ponzi’ akan berkata “Cuba dulu. Sikit saja. Belum cuba, belum tahu.” Jawapan saya: Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu berbahaya? Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu membawa penyakit? Malah ia juga diharamkan oleh Islam untuk membiarkan diri ditipu.







  • Alasan lain, anda dikatakan masih mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang yang baru masuk dalam skim itu. Duit itu dikitar semula. Sebagaimana juga duit anda digunakan untuk membayar peserta sebelum anda.

    Situasi itu mungkin bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi yang pasti ia akan berkubur apabila tiada ‘pelabur’ baru. Apabila ia berlaku, anda akan kehilangan semua wang anda.

    Skim cepat kaya Internet biasanya menjanjikan 20 peratus pulangan dalam sebulan. Ini bersamaan dengan 240 peratus setahun. Justeru, ia memberi gambaran seolah-olah ‘skim pelaburan’ itu lebih hebat daripada seluruh sejarah pulangan terhebat di dunia.

    Sebagai perbandingan, lihat catatan pulangan pelaburan yang diiktiraf terhebat di dunia dan bandingkan dengan skim cepat kaya yang masih menjadi kegilaan penduduk negara ini.

    Dapat dilihat dengan jelas pengurus kewangan terhebat itu mampu menawarkan pulangan sekitar 14 hingga 34 peratus setahun. Tiba-tiba skim karut, menipu dan haram ini mendakwa memberi pulangan 240 peratus dalam 100 hari dengan perniagaan yang didakwanya. Jelas, ia satu penipuan.


    5. Syubhah dan Money Game (permainan wang)

    Inilah sebenarnya cara mereka mendapatkan wang daripada pelabur, iaitu setiap peserta yang dapat mencari ahli baru akan diberi komisen. Justeru, akad komisen atas kepala dan bukan atas barang yang dijual ini mengandungi syubhah kepada ‘money game’ yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Sedunia, termasuk Arab Saudi dan Indonesia.

    Tidak syak lagi pelaburan itu diharamkan Islam. Segera bertaubat dan jauhinya. Ketika ini, web pelaburan haram itu masih wujud.

    Hukum haram tetap haram, seperti kilang arak dan judi yang bersepah di sana
    sini, walaupun ia wujud dan masih dibuka, ia tetap haram tanpa ‘khilaf’. 









  • No comments: