Thursday, June 2, 2011

~$$$$$$$$$~

Harini ramai yang dah start cuti. Sha dah cuti, Wani dh cuti, Kak Zu dah cuti... Esok, Darul pulak bercuti..Mungkin diorang cuti sempena cuti sekolah kowt. Meriah balik kampung time ni. Tapi pagi tadi nak pegi kerja highway jem jew. Nasib baik sempat punch kad. 7.57am. Lagi 3 minit je nak pukul 8am.

Pagi-pagi lagi aku dah dapat call dari kawan lama aku. Bole dikatakan dia best friend aku gak la. Aku kenal dia masa kat Uitm Shah Alam dulu. Dia sangat baik n nampak innocent je... Banyak tolong aku masa study dulu. Selalu ada masa aku sedih, selalu teman aku masa aku sunyi... Tapi sekarang dia dh kawen, so, kurang la masa dia untuk melayan karenah aku nie. Aku ingat lagi, kalo tak sebab dia tolong aku dalam subject account, mesti aku fail paper tu. Bukan dia tolong ajar aku je, siap masa exam final paper account tu, dia siap bukak paper dia besar-besar, angkat tinggi-tinggi nak bagi aku nampak, tapi nak wat macam mana, aku ni rabun, last-last, dia tarik paper aku, tukar paper dengan dia sebab nak tolong aku siapkan account tu. Akhirnya dapat gak aku B untuk subject account tu, hasil usaha dia dan aku...kekekekek....Sebab tu aku sayang ko..

Tapi pagi tadi lepas dapat call dari ko, aku rasa helpless sangat sebab tak dapat tolong selesaikan masalah ko. Rupenyer ko TERsonglap duit company. Dan sekarang ko mesti usaha cari duit untuk tutup balik kesalahan ko. Bahaya la beb. Kalo bos ko report polis leh jadi kes mahkamah. Haru biru hidup ko nanti. Aku leh tolong pon tak banyak. Aku sekarang keje kerani cabok je. Dulu lain la, mungkin aku leh settlekan hutang ko tu. Sekarang hidup aku dah lain. Gaji aku ni bukan cukup-cukup makan lagi, tapi memang tak cukup. Lagi pulak aku tak de laki nak tolong aku bila aku susah. Bukan macam ko, ko masih ada adik-beradik dan laki yang leh sama-sama kumpul duit tolong cover masalah ko nie..Huihsss..ko memang cari pasal la... Ko memang wat keje gila la...

Apa pun, aku rasa helpless la tak dapat tolong ko.. Sedih aku dengar cite-cite macam ni jadi kat kawan-kawan aku. Biar sapa pun ko, biar apa pun kesalahan yang ko buat, ko tetap kawan aku tau. But don't worry, aku cuba carikan jalan penyelesaian untuk ko. Apa pun jangan buat lagi wei.... Serabut perut aku dengar masalah kawan-kawan ni...

I LOVE U....

No comments: