Thursday, May 5, 2011

~OwH my darling- Baby Bubu~

Seperti yang dijanjikan, harini aku ada 'masa percuma' (free time) sebab W hilang tah pegi mana dari pagi tadi, so, leh bukak blog besar2, sebesar skrin HP COMPAQ LA1951g....Besar woooo

Puas aku cari gambar baby bubu nie, kebanyakkannyer ada dlm hp N95 8gig aku. Yang Andy pinjam and hilangkan tu... Soooo sad............................ Banyak gambar kenangan dalam tu, termasukla gambar g Ho Chi Minh,Vietnam dulu.


Apa yang aku jumpa semua aku nak upload sebagai tanda 'kasih' dan 'sayang' aku kat dia. Dia adalah kucing pertama yang aku miliki seumur hidup aku nie. Sebelum ni memang parents aku akan membantah sekerasnya kalo aku nak bela kucing. Sebab nyer, simple je...PAPA LELAH, ABANG pon LELAH...aku memang xleh belah ngan alasan mama tu. Tapi nak watcmne, nyawa manusia lebih penting dari haiwan bernama kucing iteww... =p

Gambar kenangan baby bubu yang masih dalam simpanan. Masani dia baru masuk 8 bulan. Sangat demok dan debab. Lebih besar dari adam ryan aku.


tido kat riba mummy

diva yang sombong

xsuke amik gambar

muka bengang sbb mummy degil nak amik gambar baby bubu gak!

jilat hidung cikit

tido selalu dengan mummy je

ngantok tapi mummy kaco gak..

rantai loceng


rehat jap

empuk ahh katil mummy nie, bli kat ikea ekk?

yes, panjat ialah aktiviti yang paling aku suka

marah sbb mummy curi amik gambar dia tengah nakal

merajuk ahh ngan mummy

mummy yang degil, nak jugak amik gambar baby

lepak jap

bacakan mummy magazine

tido

ngade-ngade












Aku ingat lagi seminggu sebelum dia mati, dia amat2 manja ngan aku, ngan housemate aku Ana. Sebelum ni baby bubu amat-amat la sombong, macam diva. Dan 1 sifat dia yang aku masih ingat bila dia tak suka tempat yang kotor. Sebab??.. Bukti??... Aku pernah bawak dia turun ke tanah, simen, sedaya upaya dia akan panjat badan aku dan tempat paling bersih dia tuju ialah kepala aku... Owchh... Suka hati je nak pijak kepala mak ko ekk?..

Malam itu, dalam pukul 11pm, mata aku masih segar, masih tak boleh nak tido. Macam-macam kaedah dah aku praktikkan, baca buku, baca novel, tengok tv, bukak cerita hantu..Masih xleh tido. So, aku wat keputusan untuk kemas rumah. Disaat housemate diulit mimpi, aku sapu, kemas bilik aku ngan ruang tamu, pastu aku kibas carpet n letak dia kat balkoni, akhir sekali aku amik mop. Heran aku, baby bubu ni suka kejar penyapu n mop. Masa aku tengah mop tu, dia ikut pergerakkan mop. Aku mop ke kanan, dia lari ke kanan, aku mop ke kiri, dia lari ke kiri...Lepas tu aku kemas dapur plak, aku mop dapur, n masa aku nak basuh baldi n mop tu, aku dh xdengar bunyi loceng baby bubu lagi... Sunyi je rumah. Tadi beriya sangat lari sana sini. So, aku assume dia tido kepenatan. Sampai la aku dh mengantok nak masuk tido. Selalu aku masuk bilik, dia akan ikut aku tido. Tapi malam tu dia xikut aku pon, so aku cari la dia, bawah sofa,bawah katil,celah-celah luggage and tempat-tempat dia selalu main pon xde. Aku cuba cari celah karpet yang aku sidai tadi, pon xde, aku jenguk kat bawah, dalam kepekatan malam, dengan lampu kaki lima yang rosak, aku nampak samar-samar macam objek. Aku dah sejuk berpeluh dah nie... Aku cepat2 amik kunci and turun ke tingkat bawah. DAN!! SAH!! anak aku dh mati. Tak de apa yang berdarah or pecah, cuma setitik darah yang kuar dari mulut dia. Terkilan sungguh aku. Mati bukan didepan mata aku. Aku amik dia, aku pangku dia, setitik air mata mengalir. Deras. Dan laju. Aku bawak dia naik rumah, aku kejutkan housemate aku (tapi semua xterjaga)... Aku amik kunci kete n bawak ke suatu tempat. Tempat yang aku selalu makan udang masak tempoyak itu (nyammm). Aku tanam dan letak batu sebagai tanda. 


Keesokkan harinya aku taburkan bunga kat pusara baby bubu aku. :'(


"mummy will always miss u"


Baby Bubu,
Close your eyes, save all the sweet memories in your heart
Think of all the beautiful things in your life
Mummy will always loves you
Your will always be my number 1








Yours,
Mummy. :'(