Tuesday, May 31, 2011

Why?

Assalammualaikum


Dah lama tak bagi salam yang penuh macam tu. Selalu 'salam' je. Rasa macam poyo pon ada. Tapi tak baik woo kalo bagi short form macam 'akum' nie. Kene la proper, full swing..hihihihih

Why?

Why? I change my theme? Why? I choose this theme? Why?

Sebelum ni aku kagum tengok blog orang lain yang theme dia cantik-cantik belaka. Tertanya-tanya mana la diorang cari theme yang cantik-cantik nie. Of course la tertanya-tanya sebab aku kan beginner. Buta IT plak tu. Hek! Theme ni aku cari hasil tunjuk ajar Cik Ezzah yang duduk sebelah aku kat office nie. Hehehehe... Thanks ye Cik Ezzah, jasamu akan ku kenang. =)

Theme ni menepati kehendak aku sebab color dia cool je, takde la serabut sangat. Dan sesuai dengan tajuk dan konsep blog aku ~IT'S MY LIFE~. Sebab ada gambar sorang perempuan kat situ mewakili aku ler tu yang 'alone and lonely'. =p wek.wek. Masa mula-mula change theme tu, sikit punye kelam kabut aku nyer blog. Iklan tercicir sana sini. Tapi harini aku dah terer sikit-sikit nak edit. Pastu kalau tengok kat header tu ada secawan coffee kan? Ada kan? Itu pon mencerminkan diri aku jugak. Setiap pagi aku akan minum secawan nescafe. Kalo minum milo, aku mesti mengantok datang office. Biarla orang kata tak elok minum hari-hari, sebab dengan cara tu je la aku dapat tahan mata mengantok nie. heeee~ Pompuan tu pon pakai High heels..High heels...5 kali dalam seminggu aku confirm pakai high heel, untuk ke office. And kalo aku duduk sorang-sorang aku mesti layan muzik or baca novel.. Actually tak de keburukan pon kalau anda, anda dan anda masih single. Serious. You can manage your own time, your own money. You can decorate your own house regarding your own interest. You can go anywhere and everywhere you want, without telling or asking for 'someone' permission. Enjoy your life !! ~




Wanita itu 
sendirian di jendela 
merenung ke luar 
mengenangkan nasib dirinya 
memikirkan arah hidupnya 
yang semakin sunyi di telan masa 
yang semakin kabur di telan zaman 
mengharapkan hadirnya sinar 
untuk menerangi hidupnya yang sunyi 
Wanita itu....aku....




Ccecececeewahh.... 1st time reka sajak..eh, sajak ke ni? Ah, layan je la... 
Friends and family, jangan lupa singgah lagi kat blog nie ye, walaupun membosankan. Hehehe.. Ala-ala pemerintahan kuku besi tak?








Thursday, May 26, 2011

~My Hair Care~

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, i would like to share about my 'hair regime' hihihihi.. Bole ke pakai word ni 'regime'? Arghh...lantak la...

Mungkin hanya kenalan rapat sahaja yang menyedari kekerapan aku untuk merosakkan rambut sendiri.. color, rebonding, color, curl, curl, curl, color, color.... Macam-macam color dh cuba.





Dulu setiap kali ada undangan majlis, party, private party setiap minggu, aku mesti pegi wat rambut. Sama ada wat curl, touch up color, letak kaler baru dll..

Yang paling ketara masa aku menerima undangan untuk menghadiri PRIVATE PARTY Datin Seri Tiara, yang diadakan di Sunway. Kebetulan party tu hari ahad malam, pagi-pagi lagi aku dah kuar rumah nak g color rambut, nak kaler baru la konon. Pastu nak wat permanent curl. Siap je, trus balik rumah, siap2 dan kuar terus ke Sunway. Walaupun majlis habis lewat, hari Isnin aku tetap ke office. Memang aku menempah maut bila pegi office ngan rambut blonde mcm tu. Tak sempat nak hitamkan balik. Hehehe... Seperti biasa kedengaran umpat-umpantan dari 1 group nie...Biasala kan..Manusia. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia?? Boleh tutup gak, tapi dengan penampar..heheheh... Aku wat bodo je la. Pastu keesokkan harinya, aku hitamkan semula rambut aku dengan color yang lebih gelap.

Ni salah satu kaler yg gila, kene mengumpat ngan budak office. Curl dia xnmpk sangat. Dan kerana perlu dihitamkan balik la rambut rosak gila.



Tetapi nasib baik memang pakai produk ni. Kalau ke salon berhampiran tu sebut je nama dia, mesti diorang tau produk ni. Ini la hair regime yang aku gunakan sekarang ni.



Dalam banyak-banyak produk ni aku paling suka yang kaler pink tu..Untuk hair spa. Tapi disebabkan rambut aku rosak teruk sejak g party Tiara tu, hari-hari aku pulun pakai hair spa tu..BAGUSS!!!..bak kata orang indonesia, 'hasilnya lumayan dehhh'...hihihihi..Dalam gambar ni terdiri daripada shampoo, conditioner and hair spa. Value for your money. Once every 2 weeks g la salon wat hair treatment ke, scalp treatment ke...baru la rambut sihat..cececececehhh.. Lepas shampoo, pakai conditioner , keringkan rambut...kemudian, ada lagi produk yang HARUS dipakai..





Haaa...ni la produk yang harus dipakai selepas rambut dikeringkan. Oleo -Curl tu aku pakai masa aku selalu curlkan rambut dan pernah buat permenant curl. Wangi sangat-sangat krim ni. Yang tengah tu plak Oleo-Relax sesuai untuk rambut yang panjang supaya mudah diurus dan kemas sebab ni serum anti-frizz. Yang biru tu pulak lain pulak...Pakai masa malam sebelum nak tido. Spray hujung2 rambut je. Mudah kan?...bau dia pon wangi...selesa nak masuk tido...hurmmm....

I think thats all for now...REGIME...hihihihih..ganas word tu...=p  VALUE FOR YOUR MONEY.







Monday, May 23, 2011

What to eat for gorgeous, glowing skin

Cantaloupe
After you doll yourself up with your tinted SPF, have a cup of melon alongside your breakfast. Red and orange fruits or vegetables are rich in beta carotene, which the body converts into vitamin A, a nutrient necessary in the growth and repair of tissues and that may help block the effects of UV rays. Less sun damage = more youthful skin.
Other sources: sweet potato, pumpkin, carrots, mangoes, apricots.

Cereal
Whole grain cereals are rich in selenium, a nutrient that helps protect the skin from sun damage and delays signs of aging by protecting skin quality and elasticity. Add cereal to your morning breakfast of cantaloupe and your skin will thank you.
Other sources: Brazil nuts, canned light tuna, wheat germ, turkey.

Sardines
If your reaction is based on bad PR rather than personal experience, these little fishies might be worth another look. Foods rich in omega-3's help maintain healthy cell membranes that keep water and nutrients in and toxins out. Cells plump with nutrients and water mean vibrant-looking skin.
Other sources: walnuts, flaxseeds, wild salmon.

Water
Okay, not a proper snack, but it bears repeating. Plenty of water aids in all sorts of bodily processes, including the ushering out of toxins and the production of sweat, which helps keep skin clean and clear. Keep a pretty glass carafe on your desk to make drinking water a habit.

Tomatoes
In numerous studies, the lycopene in tomatoes have helped protect skin from damaging UV rays. Adding tomatoes to your diet is kind of like SPF from the inside, only a heck of a lot tastier than eating sunscreen (no, seriously – don't eat your sunscreen).
Other sources: pink grapefruit, watermelon, papaya and guava.

Eggs
Eggs are a good source of biotin, a nutrient involved in the production of fat in the body, a process especially critical for skin cells. Eating foods rich in biotin can help prevent dryness and keep skin looking supple.
Other sources: chard, cauliflower, almonds, onions, and avocado.

Bell peppers
Half a red bell pepper contains a day's worth of vitamin C, a nutrient that helps build collagen and beats off skin damaging free radicals. Adding a few slices of bell pepper to your salad could lead to fewer premature wrinkles down the road (and a more delicious lunch in the meantime).
Other sources: oranges, strawberries, lemons, broccoli.

Here's the kind of advice we love: for beautiful skin, eat delicious food. Now that a prescription we can get behind. Whether you're dogged by dryness or a dull complexion, here are seven fresh foods to nosh to give you that gorgeous glow. Perhaps best of all, there's nothing weird and out of the ordinary here; these are likely foods you're already eating as part of a great-tasting, healthy diet. Seconds, anyone?



Wednesday, May 18, 2011

VAKSIN

Hari Khamis lepas (12.5.2011) Baby Gucci telah mendapatkan vaksin pertama di klinik di Bangi. Doktor pesan, dalam 2-3 harini kucing akan monyok mcm xde mood...Aku pon belai-belai la si Baby Gucci nie..Siannnn dia..Sebab Baby Gucci ni buas, kesian bila nk kene tengok dia monyok.

Aku bawak dia jalan-jalan naik kereta sebab dia suka naik kereta. Al-maklumlaaa..ada aircond..Sejuk tu la yang dia suka..





yang ni paling comeii...gerammm



Tapi setiap hari aku tunggu hari monyok dia...Tak de pown. Hari-hari dia buas macam biasa je aku tengok. Gila, makin buas aku tengok si baby nie..huuu~ 

Tengah tido je dia leh panjat atas kepala, lompat2 atas badan kita..sunggohhh memerlukan kesabaran yang kuat.. Vaksin tu x lali ngan badan dia ke?

Pernah dengar VAKSIN? Ok! begini.. vaksin adalah sejenis virus yang dilemahkan untuk membantu memberikan antibodi kucing supaya mendapat memberi perlindungan daripada penyakit. Tapi tidak semestinya setelah mendapat suntikan vaksin kucing tersebut bebas daripada penyakit. Namun, penyakit yang menyerang biasanya tidak akan menyebabkan kematian.



POSTO!! posto!!

Harini 18 May 2011, 11.55am..

Tak tau nak wat ape, nak wat perancangan gerakkan orang bertukar pon tak boleh sebab semuanya pengganti perlu di hantar serentak. Paling kesian kat sorang EO tu..Sampai masuk wad sakit jiwa...tertekan. Aku ni pn tggu masa je nak g sana. Tertekan gak nie. Tengah-tengah mengelamun nie, tiba2 Dila, letak bungkusan kat atas meja...Wahhhh...Happy nyer..ada kiriman dari alor setar. Siapa lagi kalo tak kiriman dari mama... Dia hantar Royal Jelly. Dah bertahun makan. Mama yang belikan. Nak harap aku pegi beli sendiri memang tak de la..maheii weiiiii..RM345.70 sebotol ada 90 biji.




Mama cakap royal jelly ni bagus untuk kulit dan melancarkan peredaran darah. Madu daripada Queen lebah. Bukan dari lebah2 biasa..kateeenyerr..... Orang dah bagi, aku makan je la. Mula-mula makan aku allergic ngan royal jelly nie, tapi lama2 dah ok. Dan kulit licin gak la. Ok...that's all for now...Sesapa nak oder Royal Jelly nie leh la contact-contact.Daaa...

Mengapa Wanita sangat istimewa?

Sekadar perkongsian ilmu. Semoga wanita diluar sana dilayan setanding dengan pengorbanan yang telah dilakukan. Hargailah wanita kerana wanita itu tulang belakang bagi anda, lelaki...


Mengapa WANITA sangat  Istimewa......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle..

ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."

masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok  settle..

dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok..pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit  ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

 
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!




*renung-renungkan dan selamat beramal..hehehehe* 





Thursday, May 5, 2011

~truth nothing but the truth~



heheheheh...ngantok nie...gelak sikit..



~OwH my darling- Baby Bubu~

Seperti yang dijanjikan, harini aku ada 'masa percuma' (free time) sebab W hilang tah pegi mana dari pagi tadi, so, leh bukak blog besar2, sebesar skrin HP COMPAQ LA1951g....Besar woooo

Puas aku cari gambar baby bubu nie, kebanyakkannyer ada dlm hp N95 8gig aku. Yang Andy pinjam and hilangkan tu... Soooo sad............................ Banyak gambar kenangan dalam tu, termasukla gambar g Ho Chi Minh,Vietnam dulu.


Apa yang aku jumpa semua aku nak upload sebagai tanda 'kasih' dan 'sayang' aku kat dia. Dia adalah kucing pertama yang aku miliki seumur hidup aku nie. Sebelum ni memang parents aku akan membantah sekerasnya kalo aku nak bela kucing. Sebab nyer, simple je...PAPA LELAH, ABANG pon LELAH...aku memang xleh belah ngan alasan mama tu. Tapi nak watcmne, nyawa manusia lebih penting dari haiwan bernama kucing iteww... =p

Gambar kenangan baby bubu yang masih dalam simpanan. Masani dia baru masuk 8 bulan. Sangat demok dan debab. Lebih besar dari adam ryan aku.


tido kat riba mummy

diva yang sombong

xsuke amik gambar

muka bengang sbb mummy degil nak amik gambar baby bubu gak!

jilat hidung cikit

tido selalu dengan mummy je

ngantok tapi mummy kaco gak..

rantai loceng


rehat jap

empuk ahh katil mummy nie, bli kat ikea ekk?

yes, panjat ialah aktiviti yang paling aku suka

marah sbb mummy curi amik gambar dia tengah nakal

merajuk ahh ngan mummy

mummy yang degil, nak jugak amik gambar baby

lepak jap

bacakan mummy magazine

tido

ngade-ngade












Aku ingat lagi seminggu sebelum dia mati, dia amat2 manja ngan aku, ngan housemate aku Ana. Sebelum ni baby bubu amat-amat la sombong, macam diva. Dan 1 sifat dia yang aku masih ingat bila dia tak suka tempat yang kotor. Sebab??.. Bukti??... Aku pernah bawak dia turun ke tanah, simen, sedaya upaya dia akan panjat badan aku dan tempat paling bersih dia tuju ialah kepala aku... Owchh... Suka hati je nak pijak kepala mak ko ekk?..

Malam itu, dalam pukul 11pm, mata aku masih segar, masih tak boleh nak tido. Macam-macam kaedah dah aku praktikkan, baca buku, baca novel, tengok tv, bukak cerita hantu..Masih xleh tido. So, aku wat keputusan untuk kemas rumah. Disaat housemate diulit mimpi, aku sapu, kemas bilik aku ngan ruang tamu, pastu aku kibas carpet n letak dia kat balkoni, akhir sekali aku amik mop. Heran aku, baby bubu ni suka kejar penyapu n mop. Masa aku tengah mop tu, dia ikut pergerakkan mop. Aku mop ke kanan, dia lari ke kanan, aku mop ke kiri, dia lari ke kiri...Lepas tu aku kemas dapur plak, aku mop dapur, n masa aku nak basuh baldi n mop tu, aku dh xdengar bunyi loceng baby bubu lagi... Sunyi je rumah. Tadi beriya sangat lari sana sini. So, aku assume dia tido kepenatan. Sampai la aku dh mengantok nak masuk tido. Selalu aku masuk bilik, dia akan ikut aku tido. Tapi malam tu dia xikut aku pon, so aku cari la dia, bawah sofa,bawah katil,celah-celah luggage and tempat-tempat dia selalu main pon xde. Aku cuba cari celah karpet yang aku sidai tadi, pon xde, aku jenguk kat bawah, dalam kepekatan malam, dengan lampu kaki lima yang rosak, aku nampak samar-samar macam objek. Aku dah sejuk berpeluh dah nie... Aku cepat2 amik kunci and turun ke tingkat bawah. DAN!! SAH!! anak aku dh mati. Tak de apa yang berdarah or pecah, cuma setitik darah yang kuar dari mulut dia. Terkilan sungguh aku. Mati bukan didepan mata aku. Aku amik dia, aku pangku dia, setitik air mata mengalir. Deras. Dan laju. Aku bawak dia naik rumah, aku kejutkan housemate aku (tapi semua xterjaga)... Aku amik kunci kete n bawak ke suatu tempat. Tempat yang aku selalu makan udang masak tempoyak itu (nyammm). Aku tanam dan letak batu sebagai tanda. 


Keesokkan harinya aku taburkan bunga kat pusara baby bubu aku. :'(


"mummy will always miss u"


Baby Bubu,
Close your eyes, save all the sweet memories in your heart
Think of all the beautiful things in your life
Mummy will always loves you
Your will always be my number 1








Yours,
Mummy. :'(

Wednesday, May 4, 2011

Lunch Hour With Baby Gucci

Setelah 4 hari sakit,  tak bole berjalan, kata doktor kemungkinan kene pijak dan sebab terlalu sakit sampai demam, setelah 2-3 hari tido xmakan dan tidak bermaya, semalam baby Gucci dh bole lari2 dalam bilik, dia dah boleh panjat badan aku n jilat2 mulut,dagu,hidung n gigit2 telinga aku...Happy sangat. Tapi nampak sangat dia masih xbermaya. Yerla 2-3 hari xmakan. Lepas doktor inject dia ngan ubat tahan sakit, n suap dia antibiotik, dia leh bangun sikit2. Aku suap dia makan n minum. Ahh..sunggoh manja kamoo~ yek?



Jadi, ini lah gambar terbaru baby Gucci yang dah sihat.


Penat main dalam kereta, ada air cond plak tu..syokk owhh

ye! this is how u got your name, sayang, u always gigit my GUCCI


ubat kalah manusia





Nantikan tribute untuk my 1st baby in my life, Baby Bubu yang dh arwah sebab jatuh balkoni...



i love u and i miss u so much




my 'CATCH' on 1 May 2011

1 May 2011 ialah hari pekerja. Kebetulan jatuh pada hari Ahad, so, Isnin 2 May 2011 pown cuti la.. Best wooo... So on 1st May aku g alamanda jalan2 sebab boring duduk kat rumah. Baby Gucci plak sakit, terseliuh n demam. Asyik tido je smpi aku naik boring. G Alamanda, tempat pertama aku tuju sudah tentu MPH bookstore, ingat nak cari novel baru, leh baca,lgpn isnin kan cuti. Tapi aku nmpk sesuatu yang lebih menarik dari novel....

So, ini lah tangkapan pertama aku pada hari itu..hehehehhe...





Lama dah aku cari buku nie, tapi masa baru2 buku ni kuar, aku xberkesempatan nak beli sebab sold out. So, memang langkah kanan aku hari tu.

Jalan2 aku lalu plak famous amous, so, ini adalah 'benda' wajib beli. No nut-my fav...100gram pls...

Pastu baru aku teringat conditioner aku dh nak abis, tinggal nyawa2 ikan je. So, cari salon kat tingkat atas, cari brand ini KERASTASE... Actually benda ni patut pakai seminggu sekali, tp sebab 'keberkesanan' nyer terlampau, aku pakai hari2, pagi2 pegi keje aku pakai lepas shampoo rambut. Al-maklumla, rambut aku ni penuh dengan chemical. Wat kaler 2 kali dalam masa 2 hari, pastu wat curl plak tu, memang aku ni tukang penjahanam rambut sendiri la..hihihih

RM130


Dah jalan g salon kat tingkat atas, nmpk plak parkson. Depan pintu masuk tu memang bersepah kaunter minyak wangi. For your information, sakit macam mana pon aku xakan pakai minyak urut, minyak panas even minyak cap kapak...sejenis minyak je yang aku pakai iaitu minyak wangi. So, ini la hasil 'tangkapan' aku hari ahad haritu.

RM225

Rasanyer ini je 'tangkapan' untuk hari ahad lepas..selain beli eyeliner Cybercolour. Nak beli kasut, xde yang menarik hati haritu...mungkin kene pagi OU kot, OU bnyk kedai kasut..heheheheh.... So, after this maybe nak berblog tentang produk penjagaan rambut yang aku gunakan sebab nyer  aku selalu sangat meng'chemical'kan rambut aku nie sampai rosak. So sekarang ni ialah proses 'pemulihan' rambut..ok friends, thanks for hop in and singgah sebentar disini. Salam. Muahh..