Tuesday, April 19, 2011

Laparrrrrrrrrrr

Hari ni badan rasa tak sedap la..macam demam tapi tak demam, tapi sakit-sakit macam flu...tapi tak flu..ishh tak reti nak cakap. Dah seminggu lelah teruk malam-malam. Lagi-lagi time sejuk. Ingat dah mati, tapi bila sedar pagi-pagi rupenyer aku hidup lagi...hihihihiih....

Kerja pun tengah tak de nie, so, update la blog. Nak upload gambar baby GUCCI jap-jap lagi la...Weekend lepas habiskan masa ngan baby...mandikan dia, main ngan dia, bagi multivitamin...seronok. Macam melayan budak2...dan yang paling tak tahan bila dia main-main ngan pokok kektus aku... Masa aku tengok dia main tu, aku tak de la pikir pape, so, aku pun pegi la masak kat dapur. Lepas masak je, aku cari la baby katne...loceng dia pn tak dengar. sunyi sepi...

Cari punya cari, rupenyer dia dah tertido...Dengan pokok kektus aku tercabut dari pasu dia, tanah bersepah2 kat lantai. Dannnn...baby GUCCI tertido keletihan...Letih main la tu. Nak marah pn xsampai hati. Nakal nak gila anak aku nie...

1 comment:

.glass hal full. said...

alololo... seko je ke lynn?
chomel... =)