Friday, March 18, 2011

~hARI pERTAMA sETELAH BALIK berkursus~

Setelah 4 hari berkursus di Genting View Resort, rasa berat je nak masuk office balik. Masuk-masuk office, surat bertimbun-timbun untuk diberi perhatian 'KHAS' sebab nanti kalo silap sikit or lambat sikit je mula la diorg ni panjat langit, pergi kayangan berjumpa dengan 'DEWA-DEWA' di kayangan langit ke 6 dan ke 7... Yes, if u in a same company, u will understand makna DEWA, KHAS, KAYANGAN, WAHYU...bila diorg ni dh panjat kayangan, maka akan turun lah 'WAHYU' yang perlu aku turuti or dipancung mati..kekekeke...sadiss...

Sampi office 7.45am, agak lambat la bagi budaya kat sini walaupun aku masuk kul 8am..Punch card pn xmerah, cuma budaya menggalakkan smpi 30 minit sebelum waktu sepatutnya. Barulah dikira pekerja cemerlang. :) :p

Mula2 bukak email jabatan dulu, perlu amik perhatian kepada email2 pertukaran PPT N36 terlebih dahulu dan email2 dari En.W. Sambil2 tu bukak email yahoo sbb sepanjang kursus xsempat nak bukak..Kemudian cek surat2 yang ada atas meja, perlu di update di key in dalam data supaya xde yang terlepas pandang n terlepas tarikh permohonan. Pastu kne cari no personal fail orang tu, dan hantar ke OPEN untuk di failkan. Kemudian barulah settlekan surat2 yang perlu dikeluarkan, yang mana urgent, kuar dulu.

Kat sini terlalu banyak budaya yang perlu diikuti dan DITURUTI. Di mana bumi di pijak, disitu langit dijunjung..Tapi aku agak tak setuju dengan statement 'masuk kandang kambing mengembek, masak kandang harimau, mengaum'... Seriously xsetuju...Ini just pandangan aku je. Sebab ape aku xsetuju? Sebab bagi aku 'i'am what i'am and nobody can change that' Wat pe nak ikut org, cukup la sekadar menghormati budaya yang ada nie. Tak perlu kite masuk kandang kambeng so kita pun kene mengembek kita bukan kambeng pon, cukup la sekadar kita menghormati budaya kat kandang tu. Wat pe kita nak berlakon seolah-olah kita SETUJU sgt or SUKA sgt?? Padahal kat belakang kita bukan main mengutuk dan mengumpat. Tapi kat depan bukan main BAIK sampai pijak semut pun xmati. Perlukah kita BERLAKON? Kat sini, semuanya HIPOKRIT. Itu je yang boleh aku ckp dan gambarkan apa sebenarnya yang berlaku. Ape pon, ADAAKUKEYSAH??! Wat keje aku je, cukup time balik...

Tapii.....

Budaya kat sini xleh balik bila cukup time. Tu dikira pekerja xcemerlang. Kalo balik kul 5pm, kene balik lewat sikit. Kalo xde keje tu, kne cari la keje2 yang ada.. Tapi apa yang aku tgk, kebanyakan kat sini, balik lewat bukannyer wat keje sangat. Tapi main games, tggu BF/GF/MMBR balik, main FB dan hanya segelintir je yang bebetul wat keje dan keje banyak. W cukup marah kalo aku balik n punch kad sebelum 5.30pm. Tak tau la apa relevant nyer teori pekerja cemerlang yang cuba di highlightkan. Baru2 ni kursus di Genting ada penceramah bagitau 'PEKERJA CEMERLANG ADALAH PEKERJA YANG DAPAT MENYIAPKAN KERJA NYA PADA MASA YANG DITETAPKAN'... Maksudnya, kita dh tau kita kerja 8am-5pm setiap hari, jadi, siapkan la kerja pada waktu yang ditetapkan. Barulah org kate WORK SMART. Perlu ke claim OT tp sebenarnya wat keje lain? Bagi aku, terpulang la kat korang... Rezeki masing-masing, dan dengan rezeki tu la kita wat beli makan, bagi anak dan bini makan, hantar duit ke kampung.. Jadi bagi aku, tepuk dada tanya selera.


(GMBR AKAN DI UPLOAD XLAMA LG..TGGUUUUUU DAN SIGN IN LA SELALUUU)

No comments: