Sunday, March 27, 2011

Nasi Lemak OWH Nasi Lemak

Sebelum ni aku pernah cerita tentang secupak beras. Dan kisah tu terjadi masa kat Uitm Shah Alam. Kali ni aku nak cerita tentang Nasi Lemak..Nyam..nyam...dh la aku tengah lapar skrgnie..adoiiila...


Dulu masa study aku pernah cuba jual nasi lemak sebagai effort nak cari duit. Bermodalkan 30 hennget sebagai deposit, untuk 30 bungkus nasi yang aku jual RM1.20 sebungkus, so dengan bangganya aku menggangkutt satu beg besar nasi lemak dari supplier aku....actually aku cuba jual nasi lemak ni sebab cuba nak berdikari n takmau mintak duit dari parent aku...This story happend masa aku wat Degree dekat UUM sintok yang amat 'uptown' tu.

So untuk memulakan perniagaan, aku pun dengan perasaan bangga bergelar usahawan muda. Mula memasang angan angan untuk membeli sebuah kete Lexus bagi memajukan lagi perniagaan nasi lemak aku ni.. eceewahh... acah je.. boleh bankrup kalau minded hari pertama dah macam ni.hehe... so bagi memulakan serangan ke atas pelanggan pelanggan berpotensi...... aku start dengan menerjah dari bilik ke bilik bagi melebarkan pasaran.. Abang Nas Ahmad pun takleh lawan dengan skill terjah aku ni..sebab dia bawak microphone je.. aku bawak nasik lemak 10 kilo woooo..sapa lg hebat??... .

The story begin..tingkat demi tingkat aku serang... panjat tangga..turun tangga  OMG "Ya aLLAHH!" ...penat nak mam**... sebab tangga Bukit Kachi ni di designkan bagi kegunaan hantu galah sebenarnya. Sebab anak tangga dia terasa macam senam robik pun ada bila nak melangkah.. Setelah gigih berusaha, cerita ini mula sampai ke ending nya,.. biasala.. cam movie.. mesti ada happy ending, walaupun actually it's a sad story. Then after a few hours mencuba... aku realized yang nasi lemak antarabangsa yg aku cuba nk ketenghkan ni tidak mendapat sambutan.Ye, aku lupa ada cuti panjang, sbb tu ramai yg dah balik kampung masing2.. my plan utk cari duit akhirnya turn into dead road (jalan mati) .. sebab my last buck yg ada dah pun di laburkan untuk beli nasi lemak ni..and now.. im officially broke..uhuk..uhuk. Sedikit kudrat yang masih ada aku lepaskan pada tangga dengan menyanyi riang (menangis kat tangga sebenarnya).. im cryin..sepuas puasanya... terasa sungguh alone.. huk huk huk.. maybe sapa yg kenal aku dekat Kampus Sintok nampak aku gelak2.. happy2.. but alot of sad story of me yang orang semua tak tau..

Pastu tiba2 ada sesuatu yang terdetik di hati, "apa kata aku sedekah kan je nasi lemak ni"..So, aku letak kat 1 sudut kat kolej, aku letak note "percuma, sila ambil 1"..Ye akhirnya aku wat amal jariah lg.:p Daripada membazir, baik aku sedekahkan je nasi lemak ni..Panas lg tuhh.

This is the story of my life.. i always share my hapiness but kedekut bila bab bab bersedih.. sebab aku suka simpan sorang...huu..hmmm...sob sob.. goodbye and good nite.. thanks for reading my blogs.. love u all.. muahhzz... :)