Tuesday, March 22, 2011

" kerana se'cupak' beras "

Aku ingat lagi satu waktu dulu. Sewaktu belajar dekat Uitm Shah Alam. Masa tu aku menyewa di Condo Sri Mahligai, Sec 9, Shah Alam. 1 blok ngan pilot2 muda yg handsome heheheheh...

Aku serumah dengan Kak Ziana n husband (Acu), Kak Lily. Sewa bilik agak mahal kat sini. Kak Ziana n Acu duduk masterbed room, Kak Lily bilik 2nd and aku bilik ke 3. Masa tu plak aku just sambung 1 paper yg gagal!!..Paper agama. Gagal seyyy...so, masa tu kami semua agak sengkek gila la..kesiann...sadisss...Kak Ziana hanya berkerja sebagai penjaga kaunter di tempat games di Shah Alam Mall atau lebih dikenali ngan Plaza Masalam, Acu xberkerja dan masih mencari kerja, Kak Lily xberapa terasa sangat sbb dia masih ada abang sayang yang leh tanggung sewa rumah, mkn-minum, bil2 yang ada...Bagi kami, agak sesak sgt2 dh.

Aku ingat lagi, masa tu, aku, kak ziana n acu tengah xde duit, mmg ZERO...awal pagi kami dh bangun sebab lapar. Last2 kak Ziana bg idea, kita kemas rumah, jumpa duit terselit mana2 kita kumpul...

So, kami mula la aktiviti mengemas rumah. Memang ada la duit terselit..Syiling2 yang kak lily buang2 tu kami kumpul. Happy bukan kepalang. Tambah dengan duit tabung kak ziana xsampai rm4 dalam tangan.

Kak Ziana " xpe la lynn, kita beli mana yang mampu je, pandai la akak nak masak nanti "

Pastu kami sama2 turun g mini market kat bawah condo, beli beras 1 cupak, ikan bilis 50sen...dan telur sebiji dan juga cili padi.

Kami balik, beras tu kami masak bubur, goreng bawang, cili padi n ikan bilis, maka, tengah hari tu dapat la kami mkn dengan kenyang...Alhamdulillah...aku hampir2 menangis bila suap bubur tu masuk mulut. Tak pernah se'sengkek' ini seumur hidup, sampai nak mkn pn xde duit nak beli nasi bungkus. Tu la pengalaman masa belajar dulu. Tapi kerana pengalaman itu la, aku menghargai kawan-kawan yang sama2 susah dulu. Macam Kak Ziana n Acu. Kerana secupak beras tu la kami sama2 meratah bubur nasi paling sedap (masa tu la)...

Kerana secupak beras tu la kami merasai bagaimana susahnya nak mencari sesuap nasi. Dan kami bahagia bersama. Walaupun serba kekurangan, tapi kami tetap sama2 menikmati hidangan. :') Dan Kak Ziana, kawan paling baik pernah aku jmpa, walaupun ada semangkuk nasi, dia tetap share ngan aku. Yang xde pertalian saudara pon ngan dia.

Kerana secupak beras itu la aku amat2 menghargai 'friendship' yg ada. Biar susah sama2, senang sama2. Tapi kawan yang aku jmpa akhir2 ni semuanya kawan masa aku senang je, wat aku ni platform sbb xde tmpt nak berteduh, xde duit nak makan, xde org nak payung bila nak berhibur, xde kereta nak berjalan dan yang paling best aku leh bawak diorg jalan2 oversea lg.. Akhirnya apa yang aku dapat?!

Windu rasanya waktu tu... Sekarang ni pn kalau aku teringat kat diorg, aku mesti masak bubur. Yang xbestnyer bila makan sorang2...Bila mkn ramai2 nie, segala kesusahan xterasa...Yang berat jadi ringan, yang susah jadi senang.

Tapi aku lost contact ngan kak ziana n acu bila aku sambung Degree kat UUM sintok. Lost contact sebab diorg terpaksa gadai hp untuk meneruskan hidup. Untuk sesuap nasi. Dengar2 diorg dh bercerai n masing2 dh kawin lain.

Apa pn aku doakan semoga diorg bahagia dengan hidup diorg. Aku sayang diorg...

" kerana se'cupak' beras "

5 comments:

Julita said...

sobsobsobsobbbbbb...teringat time aku susah dlu..masa study dlu..tapi aku sush sesorg jer..

Sharine De Costa said...

masa tu kn ko geng ngan owg len..kekekeke
padahal sebelah bilik je..tu la...xnk tegur2 aku..:p

Julita said...

malu deh..hahahahhahaaaaaaa

ARIBA said...

so touching..sob..sob...:-(

Sharine De Costa said...

tu la penangan merajuk ngan mak..kikikiki