Saturday, March 12, 2011

10 Petanda Si Dia Sesuai Dijadikan Suami

Artikel berguna ni aku dapat daripada majalah Cosmopolitan bulan Ogos 2010. Berkenaan 10 Petanda Si Dia Sesuai Dijadikan Suami.

1. Setiap kali keluar bersama, si dia akan membayar bil makanan dan tiket wayang untukmu, BUKAN SEBALIKNYA!!

2. Bila melihat seorang ibu mengandung masuk ke dlm LRT, dgn hormatnya si dia akan berdiri dan memberikan tmpt duduknya kepada wanita tersebut.

3. Baginya kelebihan yang kamu miliki adalah sesuatu yang baik untuk diri kamu seperti bab pangkat, gaji dan juga kelulusan. Dia tidak pernah berasa dengki atau tercabar seperti jejaka lain yg berfikiran kolot.

4. Dia tidak pernah SEKALIPUN mengasari kamu atau menggunakan kekerasan jika berlaku salah faham atau berselisih pendapat.

5. Walau sesibuk mana, si dia pasti  akan meluangkan masa untuk makan bersama ibu bapa dan adik beradiknya di rumah seminggu sekali.

6. Kamu suka mendengar pandangan bijak yang buah hati kamu berikan ketika kalian sedang berbual dengan teman2 mengenai isu semasa.

7. Selepas keluar bersamanya di waktu petang, si dia akan menghantar kamu pulang sehingga ke depan pintu rumah dengan selamat.

8. Dia sentiasa memberi kata2 semangat ketika kamu berhadapan dengan kerja yang bertimbun, bukannya merajuk kala kamu menolak untuk keluar bersamanya.

9. Kamu senang dengan caranya yang sopan kala dia bertegur sapa dengan makcik cleaner atau membuat pesanan kepada pelayan di kedai mamak.

10.Setiap kali cuti semester, dia pasti akan mencari kerja sambilan bagi mengisi masa lapang selain mencari duit poket. Itu tandanya dia seorang yang berdikari.








3 comments:

Julita said...

so, paham2 la...especially yg no.1 tu..hahahaaa

Sharine De Costa said...

hihihihi...sendiri mau hengattt noooo..specially number 1 and 4...

azalia said...

bestttt!! hihihi.