Thursday, February 24, 2011

Diari FESYENISTA



Kerana terbaca tajuk tu la aku terbeli magazine INTREND  walaupn dh nak keluar keluaran March pon... Model muka depan tu sikit pn xmenarik minat aku, tp tajuk tu...DIARI FESYENISTA KISAH ORANG GILA LABEL...TAPI OPPSS!! KEPIT BEG TIRUAN.

Aku ni bukan la FESYENISTA sangat. Tapi aku dikelilingi ngan FESYENISTA, juga poser.. FESYENISTA yang aku suka sangat tengok, antara kawan2 aku tu nama dia JENNA.. Budak ni mmg cute sgt, cantik dan gedyks..sesuai ngan pembawaan dia.. Seriously mmg cantik dia nie. Aku kenal masa aku kerja sebagai Property Consultant di Astana Asas Sdn.Bhd.. Dia plak wat graphic kat company tu.. Dia lulusan UPM, mmg creative la.. Kebanyakkan banner2 company ni dia yg design. Dan yang paling membanggakan bila dia terpilih mewakili company barunya (setelah berhenti di Astana Asas Sdn.Bhd sbb dpt better offer) ke London. WOW..London..




Tapi aku bukan nak cerita tentang Jenna, London atau UPM atau Property Consultant. Tapi aku agak tertarik dan bersetuju setelah membaca artikel tentang FESYENISTA ni.. Merujuk artikel ni, walaupn penulis masih tidak mampu memiliki tas-tas tangan berjenama, tetapi sikit pn dia x tertarik nak beli yang tiruan.

Katanya 'Hello! i don't do knock off'  'bagi lola, if i can't afford label mewah, baik sahaja beli down line atau tiada berjenama daripada beli yang palsu dan digelakkan semasa ke hulu hilir membeganya.'

Aku agak setuju dengan pendapat lola tu. Kalo dh xmampu, xperlulah beli yang tiruan. Baik beli yang xde jenama langsung. Still cantik n bole beli dalam kuantiti yang banyak. :) Mesti korang xpercaya statement aku nie kan? Memang la dulu aku mampu miliki LV dan GUCCI, even keychain pn GUCCI.. Sebab dulu sebulan gaji aku bersamaan setahun gaji di govt nie... Pulak tu masih single-mingle, dapat plak duduk rumah kat IOI RESORT (bos bayar..kekekekekek) so xde masalah la.. Tapi bila dh masuk kerja govt nie, perbelanjaan pn harus dikurangkan la. Kadang2 terliur gak bila lalu sebelah butik2 branded nie... Bila dh masuk govt, barulah aku tau susah senang bergaji kecik nak hidup di 'kota' nie.. Dulu masih x rasa sebab sebelum aku dilantik sebagai Manager di company bekas bos aku di KDN dulu, aku berkerja sebagai Property Consultant dan gaji hampir2 la nak cecah mcm keje dengan bekas bos KDN dulu...Hampir2 doww...n saving pn masih membukit...tidak terusik..
Sekarang semua tu mcm mimpi la.. Benda baik ni datang hanya sekali dalam seumur hidup. Betulla kata En.HAMED, xkan datang peluang kedua, yang buruk akan datang berkali2 dalam hidup kita.... Berbalik kepada artikel lola..



' Dalam ipod lola, beat lagu Fergie Labels or Love buat inspirasi kala jari lantas mencari kata-kata kunci yang sedap' (maksudnye lola nak bgtau semua pembaca yang dia ada ipod .. kekekeke.. amponzzz lola..kekekek) ' Would you spend on an expensive label walau sebenarnya hati xberapa suka hanya kerana mahu memiliki an expensive label di dalam gerobok? Atau kamu lebih rela berbelanja murah tapi kamu cukup sayang dan cherish barangan itu? '

Petikan ni pn aku setuju.. Walaupun beli barangan xberjenama, tp kadang2 barang tu kita sayang sangat, kita pakai, kita jaga... Aku bercakap pn melalui pengalaman la.. Bli beg beribu2 pn hati xsenang. Terbiar kat rumah, bila kawan2 pegang pn takut rosak, takut kotor.... kekeke...fobia dengan kotoran...

Kata lola lagi ' Ayuh bangkit! Usah menjadi poser, kalau xmampu janganlah tergamak hadir dengan yang tiruan, tak sedaplah mata, sakit.'  'Please! You're such a poser.'

Kalo ada yang teringin baca artikel lola tu leh la beli magazine INTREND keluaran Ferbuary 2011 about FESYENISTA...

* thanks Jenna sebab menghalalkan those photo..:p FESYENISTA...FESYENISTA...FESYENISTA...FESYENISTA...FESYENISTA.FESYENISTA...














4 comments:

Mama Q said...

mana Jenna ni...ni kene soh jenna amik royalty ni (batu api)

MisschqaMustafa said...

thanks lyn!

iwan said...

ngekk ko lin...bley aku spent 10 minit bg ikan ko makan..x perasan terwat keje x berpekdah...cesss

Sharine De Costa said...

kekekek...
wan : aku bosan2 pn dok bagi ikan tu mkn
jenna : welcome
mama Q : hamboi..hamboi..hamboi..xmo..xmo..kekeke