Wednesday, February 23, 2011

CreaMed 'SPINACH' heheheh..baru betoii

Dengar spinach je mesti ramai yang menjuihkan bibir. Haha..sayur yang xdigemari ramai tetapi mempunyai banyak khasiat. Masa kecik2 dolu pn aku bukan suka sgt pown mkn sayur nie. Bukan sayur je, tp aku mmg ssh nak mkn kecuali chikedees (perkataan yg dh lama xsebut nie) atau masa kat JB dulu kami panggil jajan.

Bayam merupakan tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia merupakan tanaman yang banyak dijual dipasar. Terdapat juga jenis bayam hijau dan bayam merah. Bayam ini adalah dari gen Amaranthus dan merupakan sayuran daun. Adalah sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin A, C dan E serta zat besi seperti fosforus, besi, sodium potasium, magnasium mangan dan zink.

Bayam dipercayai memberi khasiat kepada kanak-kanak, ibu yang menyusu dan pesakit yang mengidap demam panas, kurang darah, mengalami pendarahan dan mereka yang menghadapi masalah ginjal. Bayam tua yang direbus dan diminum dapat membaiki kualiti penglihatan dan memperkuatkan fungsi hati. Bayam kaya dengan zat mineral seperti kalsium, zat besi & kalium. Bayam cukup turut kaya dengan sumber vitamin C & Beta Karotena.

Semalam, aku dh try masak bayam ngan resepi sendiri..Sedapp..so, nak share la ngan kwn2 sbb kat fb ramai yang xcaya kebolehan bakat aku nie..akekekekekke

Bahan2 :

3 ulas                   bwg putih (dicincang)
1/2 biji                  bwg besar (bwg benggala la best, cincang gak)
1 1/2 sudu besar   butter (planta pn bole)
1/4 sudu teh         serbuk nutmeg
1/4 sudu teh         serbuk black pepper
1 cawan whipping cream (ni part paling best n yg wat rasa dia sedap)
sedikit garam

1.     Celur bayam dalam air mendidih dengan sedikit garam, kemudian toskan
2.     Panaskan kuali, masuk butter (tggu cair) , masukkan bwg putih, bwg besar, serbuk nutmeg,    black pepper, kacau
3.     Pastu masukan 1 cawan whipping cream (mesti korang xcaya kan?)
4.     Masukan bayam yg dh celur dlm kuali td, gaul..tabur sedikit garam utk penambah rasa (planta dh masin kowt)
5.     Tadaaaaaaa..dh siap..sedap.Try la

*Serious sedap, simple, masak xsampai 5 minit..

So, kepada yang memperlekehkan kebolehan aku memasak tu, sila la pergi mana2 bangunan yang lebih 50 tingkat, masuk lift, tekan tingkat 56, kuar, cari koridor, pastu terjun...hahahahhahaha

Ermm..korang perasan x ada ikan kat column belah kanan blog nie?...Pheww...berjam2 belajar nak upload benda tu..blaja ngan MAMA ZETTY.. Bila dh siap, rupenyer senang bangett. Terima kasih daun keladi ye mama...Mama pn ada blog gak..cantik blog dia. Tu yang mintak khidmat nasihat mama tu...kagum sejenak..akekekekek....Smlm pn dh try upload hamster, tp xberapa cantik la..ikan ni nmpk live cikit. Jap lagi nak upload gambar2 mlm td wat Hot Mocha ngan sos coklat mkn ngan pisang n strawberry...sooooooooooo yummy la...

dah masuk semua bahan, kacau smpi masak la..tu je, senang kan?


~sementara tunggu coklat masak, xde keje namenyer~

Tadaaaa..siap sudah

Gambar hot mocha xde la..tp leh bagi resepi..guna coklat sos yg sama..cuma tambah low fat milk, sedikit nescafe..Rasa dia sebijik little jane yg aku minum kat Chocolate Lounge. Tp yg x sihat tu bila smlm panas n dahaga sgt, dh lama pose minum air2 manis ni, tp smlm xleh blah la, panas, terpaksa minum coke setin..ok..after this, kne lempar jauh2 benda2 xsihat nie..akekekke

"ada apa dengan tarikh 28 february?"

2 comments:

Mama Q said...

Alooo...len kali bila bg resepi..ltk gambar sakli no...so bleh tau sedap x sedap...
smlm mama amik resepi red velvet cupcake tu...hmm..x tau la bila nak wat..oven ada tp x der mixer la plak..kekekeke

Sharine De Costa said...

mama,smlm punya lapa smpi dh xpikir nak amik2 gmbr lg, baju keje pn xtukar, trus melahap..kekeke...pelahap