Wednesday, June 14, 2017

Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese my way. Dulu-dulu rajin la buat sos sendiri. Sekarang ni beli je sos Prego yang dah siap tu...Senang.

Untuk makluman, Cik Ponti memang tak beli makanan di Bazaar-Bazaar Ramadhan. Memang susah Cik Ponti nak percaya kebersihan setiap makanan yang di jual kerana ada sahaja berita tentang makanan dan minuman di bazaar. Ada kawan yang kene cirit birit la, ada berita tentang terkena kencing tikus, makanan basi dan sebagainya.

So, ni nak share resepi Spaghetti Bolognese. Paling senang dan cepat.



1. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau
2. Sebabkan nak pedas sikit, Ponti letak sedikit cili boh
3. Masukkan daging cincang
4. Masukkan black pepper dan white pepper dan sedikit gula garam
5. Masukkan sos Prego, sedikit tomato sos dan sedikit cili sos
6. Masukkan Carrot dan Tomato dice

Siap....senang kan? Jangan lupa rebus spaghetti. Ponti guna Angle Hair.

Wednesday, May 3, 2017

Gua Batu Maloi - 2nd

Pada 22 April 2017 (Sabtu) Cik Ponti sekali lagi menyertai explorasi di Gua Batu Maloi. Gambar tak berapa banyak kerana tak ramai yang sanggup bawak hp sebab takut masuk air. Seperti yang sedia maklum, kami semua memang akan basah lencun sewaktu aktiviti tersebut. Semua sekali ada 24 checkpoint. Kami semua berjaya habiskan 24 checkpoint. Tapi yang paling tough, masa kt checkpoint ke 12 tu, ramai yang sangkut celah batu... cia cia cia............................... Nanti korang tengok je la gambar yang ada. Gambar tak banyak sebab semua takut hp rosak masuk air walaupun kami dah seal 3-4 lapis.

8am.

Taklimat ringkas dari guider kami, Cik Fatin. Senaman ringkas oleh Alia.

8.45am

Tepat 8.45am kami 10 orang termasuk Cik Fatin bergerak memulakan eksplorasi kami. Kali ni jalan yang kami lalui tak sama seperti trek yang sebelum ini. Awal-awal lagi kami dah kene masuk dalam air sungai paras dada. Melihat air yang tenang ni, mula la fikir macam-macam. "Air yang tenang jangan di sangka tiada buaya".................. terus kami yang 3 didepan jalan laju-laju untuk sampai ke tebing secepat mungkin. Dalam kepala otak mula la fikir ada buaya la, ada pirana la...

1st sekali kami sampi di Gua Kelawar. Memang banyak kelawar dalam tu. Tapi tak secantik sewaktu kami di Langkawi. Gua kelawar ni gelap dan berbau sikit. Guider pesan, jangan pegang batu dalam gua kelawar tu. Kalo terpegang, basuh cepat-cepat. Dan jangan terminum air dalam gua tu.

Lepas gua kelawar, sampai ke gua bahtera, then gua batu maloi. Gua Batu Maloi ni berkisar tentang seorang anak muda bernama Malar bercinta dengan bunian. Nak tau kisah penuh dia, boleh la tanya orang setempat.

Seronok sangat aktiviti ni. Kami menyelam, memanjat, merangkak dan sebagainya dalam gua. Seronok main air.

Pada checkpoint ke 12, ramai yang tersangkut celah batu untuk keluar dari gua. Hehehehehe...termasuk la Cik Ponti. Teknik kene betul sewaktu nak keluar dari celahan batu tu.

Kami berhenti sekejap selama lebih kurang 30-45 minit di air terjun terakhir kami. Lepas ni trek akan masuk di kawasan hutan perkampungan orang asli. Perkampungan ini telah di alihkan ke tempat lain yang lebih selamat dan selesa berdekatan tapak lama rumah mereka.

Sepanjang perjalan dalam hutan tu, guider kami syok tunjuk pacat yang super besar. Sebab tu la Cik Ponti pakai stoking yang licin dan tinggi hampir ke lutut... Hahahahahha...

Bila sekor pacat naik je kt kaki, mula la Ponti jadi Pondan. Geli geleman oiiiiiiiiiiiii....

So, ni la gambar kami kat Gua Batu Maloi, tapi tak banyak la kan...





























Tu je gambar yang ada.


















Resepi Creamy Coleslaw Cik Ponti rasa ala KFC

Assalammualaikum,

Resepi mudah selalu Cik Ponti guna untuk buat creamy coleslaw rasa ala KFC. Meh la cuba.




Kobis (potong ikut suka)
Carrot (potong ikut suka)
Mayonis (sikit atau banyak bergantung rasa masing-masing)
Susu Fresh Cream (pakai Low Fat pun bole)
Sedikit Perahan Lemon
Sedikit Black Pepper
Sedikit Gula
Sedikit Garam

Campur je semua dalam bekas, kacau rata. Adjust rasa ikut tekak masing-masing. Tak rugi cuba resepi Cik Ponti ni. Senang, mudah dan cepat.










Tuesday, March 14, 2017

Resepi Roti Puri Cik Ponti

As-salam.

Weekend memang hari untuk meng-expirement masakan. So, Cik Ponti try la buat Roti Puri. 1st time makan Roti Puri ni masa balik Alor Setar. Stall tepi jalan bawah pokok. 1st time rasa terus jatuh hati. Sedap. So, ni Cik Ponti share resepi.

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak (Ponti pakai mintak jagung je)
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
3/4 air panas

(resepi ni rasa just nice, tak masin, tak manis)


1) Gaul rata semua bahan.



2) Uli sampai adunan tak melekat di tangan.



3) Bulat-bulatkan adunan yang dah uli tadi. Biar kan lebih kurang 15minit.
4) Lepas adunan kembang, lenyek pakai penggelek
5) Panaskan minyak dan goreng sampai agak kekuningan.





Siap.... Senang kan?